Nuthing much happening.. last weekend aku dengan wife tak balik ke Beserah. Alhamdulillah Tok dan ayah mertua aku dah semakin beransur pulih. Syukur aku kepada Allah kerana memakbulkan doa aku dan isteri semoga dorang cepat sembuh.
So weekend ni laa masa utk nak spend masa dgn wife aku. Kalau hari kerja memang tak sempat laa nak melepak keluar jalan2 dengan wife aku since schedule kerja aku yang dah berubah ke belah malam.Adik aku yang tinggal dengan aku pun ada kat rumah.. kesian pulak tengok semua duk memerap kat rumah. So since dah cuti, aku bawak laa depa pi jalan2.. kebetulan Giant dekat area Equinne baru bukak.. so kami bertiga pi laa terjah. Layout baru Giant dekat Equinne aku suka.. lebih ceria lebih cerah berbanding dengan Giant Kinrara yang malap jer. Kedai2 pun banyak.. yang dah bukak terus. Aku rasa memang strategi Giant utk penuhkan dulu kedai2 dalam tu sebelum dibuka utk orang ramai.
Takde apa yang dibeli lebih kepada nak jalan. Tapi bila masuk dalam Giant saja Terpampang offer T-shirt RM4.99 apa lagi.. wife aku dengan adik aku dah start menyelam duk pilih baju hehe.. T-shirt pulak kaler2 menarik. Last2 dengan aku pun beli sama. Kira ok laa buat pakai kat rumah. Kain pun selesa.. harga pun murah.Kami punya pulun duk belek baju..Sampai orang2 yang duk lalu lalang pun dah tak tentu arah sebab duk tengok gelagat wife n adik aku punya bersemangat memborong T-shirt bundle ni.
Sebelah malam, lepas Maghrib kami bertiga pi swimming di Kolam renang awam di Putrajaya berdekatan dengan PullMan Lake. Alhamdulillah rezeki kami.. pool bukak kali ni.. penah dulu aku dengan wife semangat nak pi swimming last2 sampai.. gelap gulita jaa.. balik dengan keadaan yang frust. Last2 balik tido jer.
So malam tu kami menerai baju bundle yang di beli...sebelum masing2 melakukan terjunan Tiruk.. posing dulu dengan baju2 bundle murah yang berharga RM4.99 berjenama Giant Mampu milik.. yang hensem hahah
Gila.. dah macam traffic light
Syukur Alhamdulillah bila dapat meluangkan masa bersama insan tersayang.. melakukkan segala aktiviti bersama.. Dan esok nya Isnin kembali mengadap kerja yang makin berlambak dan gampang.. 

1 comments:
bro...ayat yg last sekali x leh blah...hahahahahahahaha!!
Post a Comment