Asalamualaikum buat sahabat2,reader blog aku dan juga rider2 yang senantiasa dimuliakan Allah. Sesungguhnya...aku memohon maaf andai aku membiarkan pengunjung blog aku terkapai2 dengan tiadanya entry di blog aku. Gila agak lama aku tidak mengupdate blog ini. Lepas raya memang aku dah mula busy mengadap kerja2 office yang tidak pernah habis..dengan kekurangan staff yang silih berganti ke US dan juga server migration. Hehe sepanjang blog aku tak diupdate, aku tengok masih ada reader yang masih masuk ke blog aku.. dah laa aku tak update ada yang terpaksa membaca entry lama2. Aku pun tak pasti apa yang membuatkan korang suka membaca di blog aku.. macam aku penah kata dulu.. sesungguhnya blog aku adalah blog paling sengal yang lebih kepada personal life aku.. tapi still ada yang masih membaca Thanks for the support
Buat sahabat2 yang tinggalkan macam2 msg di shoutmix aku macam Mat Yo,Sunmelon,Brader sham Si Misai tangloong hehe aku minta maaf banyak2 kat korang sebab lama tak update.. insyallah lepas ni aku cuba update selalu. Blog korang pun aku sempat nak jengah lagi ..
Life skang agak sibuk, Ride to work dah lama aku tinggalkan.Basikal yang pernah satu masa dahulu menjadi teman rapat aku ke pejabat kini menjadi satu artifak sejarah di sudut rumah aku. Tiap kali balik kerja aku menjeling bike aku.. glove masih terletak di atas handle bar damn.. rindu sebenarnya untuk berkayuh rindu bau peluh glove,rindu berpeluh sakan,rindu bau jalan,bunyi serabut di atas jalan raya,berlari-lari anak dengan anjing bedebah.... terlalu banyak perubahan yang berlaku selepas raya..
1. Waktu kerja aku sekarang dah berubah ke pukul 3 petang hingga ke pukul 12 malam.. agak susah untuk aku ride to work since kadang2 aku stayback balik pukul 1 atau 2 pagi. Pernah dulu aku cuba ride to work balik kul 1 pagi.. memang sunyi gila panjat puncak jalil lepas tu dengar macam orang menangis atas bukit perghh aku still tak pasti samada tu org atau sebaliknya.Pergh seram bila ingat balik.. dah laa waktu memanjat bukit.
2. Office aku dah renovate. Fully carpet sehingga ke pantry. Kemungkinan HR akan mula keluar suara sumbang kalau aku meletakkan bike aku dalam office takut merosakkan atau mengotorkan karpet baru office.Ruang bilik dekat surau pun motor company dah disumbat dengan situ. Aku perlu cari jalan lain.
3.Perubahan fizikal badan aku yang ketara.. aku kembali bulat.. gila memang kembang kuncup aku..
Dalam masa aku tidak berkayuh, aku tengah mengusahakan satu projek yang dah lama sepatutnya aku buat. Salah satu projek yang aku plan untuk tahun ini. Insyallah nanti aku ceritakan.
Buat member2 yang masih ride.. keep it up.. jangan jadi cam aku.. makin boroi.. hahah

11 comments:
alhamdulillah... smoga hang & keluarga sehat slalu... bagi aku, blog hang bnyak memotivate aku secara langsung & x langsung! Dlm aku meneruskan kehidupan! :D
welcome back... ingatkan pasaipa dah lama berdiam diri...
lama tak online ekh....
haaaaa,,, idup lg ko yer,,,
hahahaha,,, teman pun agak sibuk gak,,, lama tak ride,,, hari ahad lepas kena racun masuk jamboree kuala kangsar,,, hang bayangkan dah 2 bulan tak kayuh,,, tetiba masuk jamboree,,,
hehehe,,,
teman yg paling menonjol,,,rasanya,,, dapat title YB,,,
YANG BOSARRR aka YANG BOROI,,,
wakakaka
hahahh... selamat kembali.
biasa lah tu, ride ni bukan priority.
anyway, aku pasti RTW kau akan ada alternatifnya.
ingat, boroi bukan permanent.
tapi kau still bebas rokok kan?
$uNmeloN/
Tudia ayat.. aku tak pasti apa yang memotivate kan.. haha.. neway moga hang sekeluarga juga sihat kat sana.
mamaeesya/
Ceq pi bertapa tu yang berdiam diri sat.. haha..
lydiarahayumahmod/
Bukan lama tak online.. tapi lama tak blogging. :)
9W2OCC SHAM/
Baguih betul hang sham.. dalam lama tak ride pun boleh lagi belasah jamboree kuala kangsar. Teman respek sama hang..
heheh kita memang sama2 YB..lega bila ada geng sama2 Yang BOSAR dan YANG BOROI haha
Akmal Hizam/
hehe Rokok bebas..of course :).I'm thinking of something rite now.. schedule yang problem rite now.. but really miss the ride to work.
welcome back bro lama tak dengar cerita hang ride pi kojo tu pas ni leh sambung balik kot
Post a Comment