Malam tahun baru lepas kerja aku dan wife dengan adik aku shoot balik ke penang. Bertolak malam tahun baru.. kira celebrate tahun baru atas jalan la. So far menuju ke penang banyak jugak kereta malam tu dengan lori. Banyak jugak mat rempit atas highway merempit dengan gaya superman.. gila betul. Celebrate tahun baru dengan menempah maut.. bekalan ilmu pun masih tak cukup.. apa laa nak jadi.. Sampai Penang waktu subuh.. aku tak inform pun mak ayah aku nak balik.. yaa memang bertuah aku ni.. kira bajet suprise laa.. haha..
Acctually balik ni saja balik tengok parents aku.. since aku masih ingat lagi pasal peristiwa tahun baru tahun lepas waktu ayah aku kena stroke. Malam tahun baru celebrate dalam Hospital besar Pulau Pinang. Allah saja yang tahu macam mana keaadan masa tu..dengan kelam kabutnya.. dengan hospital besar Penang yang boleh tak tahu apa punca.. sampai tahap semput ayah aku dengan overdos ubat batuk yang diberi.bila diingatkan kembali memang trauma.. fobia semua ada laa.. bila aku fikir pasal tu.. bila masuk tahun baru mula aku fobia.. takut jadi benda yang sama.. tu yang aku shoot balik ke penang. Dulu waktu jadi tu aku tak de di Penang cuma adik aku yang kecik dengan mak aku jer.dorang la yang bawak ayah aku pi hospital.. bila ingat balik jauh betul aku tak dapat nak membantu.
Satu hal lagi.. alang2 dah balik ke penang, aku nak uruskan rumah sewa aku since penyewa lama aku dah bagi notis keluar dari rumah. Penyewa aku tu cikgu.. dah dapat tukar ke seberang. So dia nak cari rumah sewa sana pulak. Acctually few weeks back aku balik uruskan cuci rumah Apartment Gambier Heights ni. Tapi aku tak sempat nak blog pasal ni.
Waktu tu datang utk bersihkan rumah.. cuci rumah tandas repair kerosakan yang ada. Paip pun tersumbat hari tu tak tau apa yang buatkan tersumbat ..apa yang dia sumbat. Cat hall depan.. hari tu family aku pun join skali bantu cuci rumah sewa aku tu.Mula parents aku cakap upah jer bangla basuh rumah tu.. aku pikir biar basuh sendiri puas hati.. duit pun tak keluar.. benda leh buat sendiri.. so takde hal laa muda lagi.. sekali skala kerah tenaga.. balik pun tak risau sebab tak payah drive waktu tu..balik naik bas.. apa susah naik bas aku bantai tido jer. Tapi still tak complete lagi dalam bilik masih tak cat lagi. So kali ni balik sambung mengecat la.
My wife dengan naim
Pasal rate rumah sewa, dulu waktu aku sewakan RM650 sebulan.. skang bila aku survey area rumah kat situ.. rata2 semua dah naik jadi RM700 ke 900 pehhhh gila rate sewa kat penang ni. RM900 tu kira consider fully furnish.. tapi dalam 800 tu ada yang takde apa dalam tapi sewa dah naik jadi RM800 dahsyat. Value rumah pun dah naik.. waktu aku beli dulu 160K tahun 2009 sekarang dah cecah ke RM195k dah increase 35k pehh..belum lagi 5 tahun.
repair lubang tersumbat. Aku tak tau apa yang di sumbat.. anak kucing kot.
Jamban yang dah dicuci lupa pulak ambil gambar sebelum basuh kang tak lalu pulak makan
Terbongkang penat.. ayah masih steady
Dah siap bersihkan hall depan..berkilat thanks to mama ayah wife and adik aku yang dengan rajinnya membasuh
Penyewa lama tinggalkan almari.. dah jimat ada satu almari dah haha dinding kotor kena cat balik













7 comments:
wahhh. bestnya kemas rumah! nak amek part time tak?
haha. gurau je :P
mun-e said/
bleh saja.. meh part time.. tanpa gaji hahaha
salam bro rezal, mohon tnya :) kat mana bleh dapat messenger bag brand ZIXTRO. Hope boleh bagi info klau tau. TQ :)
bang, mmg rumah penang giler harga sewa & umah naik. aku beli umah dulu 215k. skrg dah boleh jual 380k. ada siap jual 400k lagi skrg ni.
bro,
kemas rumah atau baru nak setup selepas pindah memang perit dan sangat memenatkan. Tambah lagi bila rumah kena banjir macam rumah sewa aku ni. Abis longgar semua urat2.. adehhh..
saya stuju dgn kenyataan en. shino!
saya amat suka gambo 3 dari bawah...it shows off ur curves...hmmm merembes
Post a Comment