Friday, April 11, 2008

YOU SUDAH KAWIN AHH..?

Di sekitar kawasan kubu kuat baru Unix ku di tingkat 2 di sebuah Firma yang di huni oleh berbilang bangsa dan negara


Selepas brief meeting pagi tadi,


Budak L1 baru bawah aku: "Hi boss amacam meeting tadi ok..?"

"Ok jer.. siap dapat gift pulak bila masuk team baru ni...." sambil aku menunjukan cover leather tag id special untuk team ni

"ooo sapa2 member baru join team ni akan dapat leather cover ni.. so orang akan tau we are from this team" sambil dia membelek queue incident2 yang terpapar di monitor dia.

"hmm not bad" aku melabuhkan beg notebook aku di bawah meja cubicle
aku dan duduk membetulkan kerusi yang telah di ejas tinggi sedikit petanda budak bangalore yang rendang telah berkampung dalam shift malam.

tetiba kedengaran di sebalik kubu kuat Wintel

"oit bro.. tak nak tengok kad kenduri kawin ni" aku berpaling melihat bucu kepala manusia yang agak tinggi sedikit dari cubicle memberi kad kawin tersebut pada Budak L1 aku..

Aku meneruskan keje ku.. membelek documentation2 baru di team ini..

kedengaran suara2 bebudak L1 yang samar2 membincangkan pasal kad kawin tu

"eehhh.. can i see that " terdengar pulak suara nicole yang berada sebelah aku ni.

ahh ntah apa dorang sembangkan.. tetiba..


"Ehhhh Freza.. you.. dah kawin.... ?" nicole menjengah aku dari cubicle sebelah sambil meluncurkan kerusi nya ke meja ku sambil menunjukkan kad kawin itu.

"Belum maaa.. i tunggu you" sambil mencorakkan raut wajah ku dgn muka yang amat serius tapi macho

"you tunggu i meh..? amoi tu mengangkat keningnya.. dengan mimik muka tidak budget aku akan bertanya begitu

"kalau macam tu.. you have to wait 10 years lorr." sambil melemparkan senyuman dgn wajah yang iras2 macam minah korea

"ohhh ok.. so consider now i still got time to buy house and car laa then we get married i buat kad lagi besar dari ni amacam..?" aku cuba bergurau dgnnya.. tetapi muka serius tahap cipan tetap ku tonjolkan

"No need maa.. you give me 1k every month.. i save it for you.. " dia membelek..kad kahwin tadi seolah-olah mencuba memahami struktur map ke rumah pengantin..

"aiyoooo mata duitan sungguh you ni"

"cannot laa macam tu.. kasi i simpan that money.. mana tau nanti i jumpa.. lagi cun more lengluii i cancel laa kawin sama you.." aku membelek2 mencari mp3 player aku di dalam beg

"eeeeee dasar buaya darat.. tak setia" dengan mimik muka korea yang macam geram..

"ehh I bukan buaya.. i manusia laa.. you sudah rabun niii"

"Cehhhh"




1 comments:

BPS said...

Tu la rezdrake... aku tau kau ni jenis suka pakai pakaian jenama buaya yang malah tu. Kan dah dicop buaya (^_^). By the way aku ada update blog lagi hehehe...