Tuesday, April 29, 2008

E-filing, Interview.



Damn.. aku mengalami sejenis penyakit yang dinamakan migrain.Kalau dah kena migrain, buat laa apa pun.. semua tak menjadi.. tanya lah pada pengidap2 migrain.. confirm depa cakap benda yang sama.

Aku MC hari ni.. tetapi tidak mematahkan semangat utk aku mengadap muka-muka management dan juga teknikal person di sebuah firma yang terkenal untuk proses temuduga.. saja aku mencuba nasib tak rugi mencuba.. satu lagi habitat aku .. aku suka pergi interview di mana2 pun.. from there, aku boleh tahu.. which benefit and perks yang lebih bagus.. what type of application theyre running.. OS, server.. time macam ni laa peluang bagi korang nak tanya apa2 pun kat dorang..yaa.. satu lagi.. bila korang dah biasa pergi interview ni.. rasa gelabah tu dengan sendiri hilang.Dan yang paling penting sekali reason aku pergi untuk temuduga.. ialah untuk aku evaluate brapa market value skill aku di dalam market sekarang.

Kepala aku makin berdenyut2 selepas temuduga tadi.. "tak boleh jadi ni.. confirm aku tak boleh drive lagi" fikir aku.. so lepak kejap kat mamak stall depan tu.. cari panadol, telan dan rest jap dekat situ.. kasi reda skit denyut tu.

Once rasa dah ok skit..aku gerak menghala ke LHDN.. di Jalan Duta dalam kes last minute utk settlekan E-Filling.. sekali lagi.. aku kecundang.. denyut pala aku makin kuat.. so aku singgah kejap di Masjid Wilayah persekutuan.. menunaikan solat asar yang tertunda lalu aku rebahkan diri menunggu masuknya waktu magrib.. selepas maghrib.. dapat call from Ieda kesian pulak aku dah susahkan dia slalunya kalau aku diam tak contact dia confirm dia tahu aku tak sihat or something..sanggup jumpa aku bawak pain killer and some food..thanx baby.

Once dah telan pain killer.. aku rasa dah ok skit pala aku.. trus aku gerak ke LHDN..settlekan E-Filling.. ramai sungguh orang malam tu.. since LHDN dah bukak kaunter E-Filling sampai ke 12 malam.. aku dah tension.. buat E-filling from Home.. slalu jer slow.. confirm congested.. so aku trus ke LHDN since confirm dorang setup Intranet.. so cepat laa skit.Alhamdulillah.. yang best.. aku tak kena bayar apa2.Yang best lagi.. aku ada cukai terlebih dlm 700 haha.. apa lagi LHDN.. bila lu mau bayar balik..


3 comments:

Mas Rahim said...

nih lah contoh rakyat malaysia yg suka last minit hahhhahah jgn tiru aksi ini! hahahaahahaha cabuttttttttttttttt!!

- rzmie - said...

bang, lambat ler ko nak dapat refund balik dari lhdn.. :P

Irwan said...

Oyyy, jangan ler belah. Sapa lagi nak lepak ngan aku minum-minum kat HP nanti...