Adakah ia sespesis seakan akan sercuricor..? atau seperti majalah hardcore Playboy..atau juga filem "The core" di mana sekumpulan saintis cuba menembus kerak bumi? atau juga gadis bengali yang mempunyai nama hujung kaur seperti Gurmit Kaur,Ranjeet kaur tetapi di sebut dengan bunyi core..?
Anda salah...bukan kesemuanya di atas.. Core adalah sejenis menatang seakan cipan yang dicipta sewaktu program mengalaminya kejutan budaya dan mati mengejut disebabkan sesebuah program melakukan benda yang di luar tabii atau juga disebabkan oleh menatang yang bernama kumbang(bug).Apabila Tuan tanah kedaung iaitu OS membunuh program itu tanpa belas kasihan,maka sejenis menatang yang dinamakan "core" terhasil.. di mana menatang ini akan membantu mengenal pasti.. kenapa program tadi berada di luar tabii.. atau tetiba mati dgn mengejut.Jadi.. macam mana kita nak tahu dari program mana.. spesis core ni datang..?
so kita umpan dia dengan
$file core
kadang2..kita lupa yang menatang core ni sedikit sebanyak akan menyemakkan lagi server kita.. dan juga lama kelamaan bila menatang core ni berkumpul dan kumpul dan kumpul.. sehingga.. depa boleh buat rumah kongsi 5 tingkat.Jadi adalah elok lah dari masa ke semasa.. kita periksa.. menatang2 core ni... dan membuang sebelum.. server anda mengalami simpton demam malaria tapioca.Jadi.. bagaimana kita ingin membuang cipan2 core ini..? sudah mesti kita perlu memberi umpan.. apa umpan yang boleh di pakai..?
PROMPT> find ~ -name core -exec file {} \; -exec rm -i {} \;
sebagai contoh..
Cipan2 core yang bakal di hapuskan..
PROMPT> find ~ -name core -exec file {} \; -exec rm -i {} \;
/my/home/core: ELF 32-bit LSB core file of 'netscape-commun'(signal 3), Intel 8
rm: remove `/my/home/core'? y
Confirm.. aku kena reject kalau buat projek translation.. aku dah nampak.. isk isk

1 comments:
huhuhu...
master unix/linux..(saya tidak arif). thanks for ur comment at my blog.
salam kenal.
Post a Comment