Thursday, March 18, 2010

Overhaulin Part 2 : Removing Octalink Crankset


Aku tak dapat lelapkan mata malam ni.. hujan yang agak lebat di luar sudah sepatutnya menumbangkan aku malam ini.... jam pula sudah menunjukkan pukul 3.12 pagi. Mata ku masih segar bugar. Aku keluar dari bilik menuju ke satu sudut di mana aku menyimpan bike aku dan segala perkakasan dan peralatan. Di sebabkan mata tidak mengantuk lagi, dengan berbekalkan biketool yang di beli, aku cuba untuk membuka crankset untuk dibersihkan.

Ini adalah kali pertama aku membuka crankset.Memang tiada pengalaman.Aku membuka biketool lalu membelek cuba mengenal pasti apa tool yang sesuai untuk membuka crank tersebut.Bike Nexus Xenic aku telah pun di naikkan taraf dengan menggunakan crank Shimano Deore FC-M530 Octalink dipadankan dengan BB-ES25 (118 mm). Seperti biasa, dengan laptop yang terbuka dan internet akses yang senantiasa online, aku membaca artikel di Parktool website mula membelek bagaimana untuk membuka crankset untuk spesis aku.Selain itu aku cuba untuk mencari maklumat tambahan dengan Google ternyata sudah ada sahabat MTB yang dikenali Akmal's Bike park yang telah pun menulis artikel berkenaan dengan crankset removal. Kena pulak tu sebijik pakai octalink crankset. Memang artikel dia berguna untuk aku di pagi buta ini.. pergh if you reading this bro.. aku ucapkan terima kasih banyak2.. nanti turun sini aku belanja :).

Walaupun ada sahabat yang telah membuat artikel ini. Aku tetap akan membuat catatan aku sendiri untuk rujukan dan pahaman aku

Jadi bermulalah sebuah explorasi epik untuk membuka crankset ini.

Dari apa yang aku faham dari website tu, untuk membuka Crankset jenis Octalink, aku memerlukan special tool, alat khas yang dipanggil Crank Extractor.

Octalink Crankset yang aku dibuka

Aku membelek biketool aku.. ternyata memang telah di muatkan di dalam biketool ni. 

Alatan  yang diperlukan

1 . Crank Extractor + Plug tool

Crank Extractor ni dah ada dalam set biketool sekali dengan Plug tool. Mulanya aku pun tak berapa pasti yang mana sebenarnya plug tool tu sebab aku baca dekat blog akmal dia cakap kena custom or kena beli plug tool model  Shimno TCL-FC15. Tapi kalau dah beli biketool ni semua dah complete. Tak perlu mod apa2. Tapi bagi yang tak ada plug tool, boleh refer blog akmal sebab dia ada terangkan custom made plug tool guna skru nut bolt. Kegunaan crank extractor dengan plug tool ini adalah untuk memisahkan crank arm dari BB.


2. Allen Wrench 15mm dan 10mm

 


Cara-cara membuka

Pertama sekali untuk membuka crankset ini. Allen wrench bersaiz 10mm digunakan untuk membuka skru pada crank arm.


Selepas membuka skru pada crank arm tadi. Dengan menggunakan plug tool yang kita bincangkan tadi, masukkan ke dalam lubang crank arm tadi. Perhatikan kedudukan plug tool tadi. permukaan rata plug tool tadi menghadap ke arah kita.

Plug tool

Plug tool di masukkan ke dalam lubang crank arm tadi

Kedudukan plug tool permukaan rata plug tool menghadap ke arah kita

Plug tool ini berfungsi dengan menekan Permukaan  spindle BB yang menghubungkan crank arm dgn BB lalu menanggalkan crank arm tersebut.


Kemudian, masukkan crank extractor ke dalam lubang crank arm tadi dan ketatkan crank extractor tadi.


Perhatikan kedudukan Crank extractor. Kepala yang mempunyai lorekan atau garisan skru di masukkan ke dalam lubang crank dan di ketatkan


Crank Extractor yang telah diketatkan dengan kemas

Setelah diketatkan, dengan menggunakan Allen Wrench bersaiz 15mm pusingkan allen wrench mengikut arah jam.Sewaktu kita memusingkan wrench, plug tool yang berada di dalam lubang crank arm akan menekan permukaan spindle BB. Kita dapat perhatikan crank arm semakin longgar dan menolak ke arah kita. Pusing sehingga crank arm tersebut terkeluar dengan sendiri

Pusing mengikut arah jam ( maafkan aku kedudukan arah wrench tak betul sebab aku kidal)


Akhirnya tercabut crank dari spindle BB. So esok dah boleh cuci dan service BB pulak.

Rujukan aku agak sengal sedikit.. untuk rujukan yang lebih detail sila ke blog Akmal's Bike Park



Aku dah ngantuk balik.. nak masuk tido dulu chowww








11 comments:

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

aku maleh nak naik beskal sbb nih la..aku tak pandai nak godek2 beskal nih.. dibuat nya tgh syok kayuhh..ttb pancit ka apa..huaa..x moh..

abg aku cam hang gak suka kayuh msuk hutan keluar hutan.. KL Mountainbiker kateryer.. siap bawak pi uzbek... sekali kat sana beskal dia kena curi daa..

Mak Su said...

bagus pandai godek2 sendiri.... akan lebih berpuashati bila hasilnya memuaskan... :)

Maryam Chin said...

rajinnya rizal...kalau my bike, rasanya hantar kedai je hehe...anyway thanks 4 d tips :)

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

sila jwb TAG aku yer!

akmalhizam said...

walawehhh...
kau pun kidal eh. satu lagi persamaan di situ.

hehe.. ada jugak manfaat aku letak artikel tu. bagus le kau punya bike tools edisi lengkap. dan nampak macam lagi best je tu *nada jeles*.

Anonymous said...

Rizal,

Rajinnya bro! Wa jeles sama lu coz lu ada bike tools. Wa nak bukak basikal kena pinjam kat abang wa..Mahallah satu set bike tool tu... Takper nanti dapat bonus, wa nak beli gak satu set tool nih.

Afrezal Karim said...

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC/
ala.. benda kecik jer tu.. blajar skit2.. insyallah lama2 cekap laa macam aku dulu pun sama jugak mana laa aku reti bab2 basikal ni.. tau kayuh jer.. tapi lama2 bila aku rasa benda tu penting sebab ride to work daily aku rasa aku perlu tahu semua ni so that aku boleh repair sendiri its a part of survival guide utk aku :)

Maksu/
ofcourse.. lebih berpuas hati kalau kita buat sendiri.. :)

Afrezal Karim said...

Maryam Chin/
Yeah.. skali skala servicing my bike.. to me i enjoy doing this.. tapi kalau takmo pening kepala its better hantar kedai :)

Afrezal Karim said...

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

sila jwb TAG aku yer!

Needa nanti aku reply tag hang.. maybe lambat skit laa kot haha

Afrezal Karim said...

Akmal Hizam/

woooo ko pun kidal ker..? kalau cukup 5 orang geng kidal gua rasa boleh tubuh balik lefthanded band.. :).

Serius memang bagus artikel ko bermanfaat.. yang bagus nyer.. your article keluar kat google page.. bila kena specific words.. kena pulak time tu aku memang mencari howto untuk bukak.. crank jenis ni.. dapat pula yang detail dan specific ke arah crank type ni.. tersengih2 jer aku pepagi buta.. :).

Bike tools tu tak lengkap brapa lengkap aku rasa kalau aku upgrade to other crank.. aku rasa pembuka crank yang baru takde.

Afrezal Karim said...

Aliff Muhammad/

Bro, aku akui memang mahal biketool ni.. aku dulu pun memang teragak2 jugak nak beli.. tapi since aku kerap ride ke office aku perlu ada satu untuk regular maintenance.

Tak perlu tunggu bonus.. Apa aku buat.. aku simpan monthly say 30-50 sebulan.. by bulan ke 2 or 3 dah boleh dapat satu.. :).

Tapi since abg ko dah ada satu.. pinjam jer.. jimat. Bukan selalu pun pakai.. bila nak service jer bro :)