Ahad lepas, cuaca dia sekitar puncak jalil dan kawasan yang sewaktu dengannya agak panas terik membuatkan setiap pelusuk rumah dan juga umat-umat yang mendiami rumah itu jugak merasa bahang kepanasan. Malangnya rumah kami tidak dilengkapi dengan sejenis mahkluk asing yang bernama aircon yang berupaya menyejukkan isi perut rumah.
Dengan itu aku mengambil keputusan untuk membawa isteriku bersama adik ku ke waterfall outing untuk merendamkan diri bagi menghilangkan bahang panas. Sebelum ni aku pernah ke Air Terjun Chilling. Tapi kali ni, kami menjejaki Air Terjun Sungai Gabai.
Air Terjun Sungai Gabai terletak berhampiran Pekan Batu 14. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Kuala Lumpur. Kami melalui kawasan pekan Hulu langat dan juga kawasan perkampungan di situ. Kawasan Air Terjun sungai gabai agak ke dalam sedikit di mana kami melalui jalan kecil yang hanya muat untuk satu kereta.Kami terpaksa berselisih jika kereta datang dari arah bertentangan.
Untuk memasuki Sungai Gabai, kami dikenakan caj parking yang aku rasakan kurang munasabah.Parking di kira kepala, Satu kepala 2 ringgit. 3 orang jadi total 6 ringgit.. perghh memang betul2 aku rasa ambil kesempatan ingat bapak dia punya Air terjun ke. Even ke sungai chilling pun tak di kenakan apa2 caj. Since dah datang jauh agak ralat kalau tak diteruskan explorasi ini. Jadi kami meneruskan perjalanan menuju ke pintu gerbang.
Sampai ke pintu gerbang Sungai gabai, kami mencari parking di kawasan tersebut. Alhamdulillah dapat la satu dekat dengan pintu gerbang. Aku tengok sepanjang jalan memang penuh dengan kereta memang sah ari ni ramai. Lepas parking, turunkan segala beg2 dan juga barang2 makan, kami berjalan beberapa meter ke dalam. First yang aku nampak ada bangunan sederhana yang menempatkan gerai2 makan disitu.
Suasana agak riuh rendah dengan umat yang sememangnya ramai pada hari tersebut..aku pasti rata2 semua tidak mahu melepaskan peluang untuk berendam bagi menyejukkan diri memandangkan cuaca yang agak panas terik sejak beberapa minggu ini. aku, wife aku dan adik aku juga dah tak sabar lagi nak berendam di dalam sungai yang sejuk.
First impression aku, kawasan agak berbatu2 tiada kawasan lapang yang dapat aku mengayakan terjunan tiruk dan juga renang berirama. Kawasan tak terjaga, sampah di buang merata2 di dalam sungai.Membuatkan aku terfikir balik waktu dikenakan parking caj tadi. Apa yang dorang buat dengan duit tu?.Dari segi kemudahan,, terdapat bilik persalinan, surau dan jugak tandas awam. Air terjun bertingkat2, mempunyai anak tangga untuk naik ke kawasan air terjun di atas.
Dari info yang aku baca, Sungai gabai mengalir dari Gunung Besar Hantu yang terletak di Negeri
Sembilan.
Kami memilih tapak air terjun yang di bawah sekali. Dengan kawasan yang agak sempit di penuhi pula dengan segenap umat yang datang pada hari tu, kami cuma berendam dan masing2 bersandar di bawah limpahan air terjun.
Walaupun tak selayan..Air Terjun Chiling, sekurang-kurangnya dapat kami menyejukkan badan. Sedap bila kena air sungai terasa segar sepanjang perjalanan pulang


4 comments:
maksu paham perasaan ko bila ke sana, itu gakslah yang maksu rasa. by de way, dah dekat dah tu ngan tempat perhinggapan maksu, hehehe
aiseh.. lupa pulak maksu duk area hulu langat. Kalau tak dah hinggap dah pi minum teh kaa makan goreng pisang kaa di perhinggapan maksu.
Rizal, awat hang tak naik kat atas? Kat atas lagi best tau kalau nak mandi-manda. Tapi nak panjat tangga seribu tu pancit la jugak.
begitulah Rizal, kesedaran sivik tentang kebersihan dianggap remeh, bila kita tegur 'pembuang sampah' mereka kata salah majlis tempatan kerana tak sediakan tong sampah. kalau ditanya majlis, jawabnya pula, kenapa pengunjung tak bawa bakul sampah atau plastik sampah dari rumah....mangsanya tetap enviroment yang tiada 'suara' utk 'bertelagah'.
Post a Comment