Monday, September 06, 2010

Iklan Raya TV3 yang ditarik balik

Buat sapa2 yang tak sempat tengok iklan tu.




TV3 tarik balik iklan Aidilfitri

2010/09/06
KUALA LUMPUR: TV3 menarik balik penyiaran iklan Aidilfitri yang disiarkan di stesen televisyen berkenaan selepas menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai.

Sehubungan itu, pihak TV3 memohon maaf kepada penonton yang tersinggung dengan penyiaran iklan berkenaan.
Tindakan ini diambil selepas mengambil kira maklum balas yang kami terima daripada penonton dan orang ramai. Kami menghargai maklum balas yang diterima itu.
Dalam hal yang sama, beberapa langkah sedang dan akan diambil untuk mengelak perkara yang sama berulang, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iklan berkenaan yang pertama kali di siarkan pada 3 September lalu ditarik balik serta-merta selepas menerima pelbagai reaksi melalui emel dan SMS daripada penonton.

Pihaknya turut berterima kasih kepada penonton yang sudi memberi maklum balas mengenai perkara
berkenaan.

source BeritaHarian



4 comments:

Ajonz said...

giler la beca terbang cam santa claus laa... aku ingat iklan klcc pasal kale ungu hahahhaha sekali tv3 daa

Unknown said...

bro... kalau baca artikel dari utusan malaysia lagi... statement mintak maaf dari datuk farid ridzuan.... tapi sure die rasa ralat sebab iklan nie .... bernilai RM200,000 .... hangus terbakar....

Afrezal Karim said...

Hazman,

Thanx for the comment.. and thanks for visiting my blog.. bagi aku soal ralat tak ralat hangus terbakar ke rugi ker.. tu blakang kira.. yang penting.. Agama kita kena jaga.. mana boleh kita samakan agama lain dengan Agama Allah. Cuma aku heran macam mana board meeting dorang bila first screening boleh approve benda ni.

Afrezal Karim said...

yang tak tahan tu..kayuh beca tu siap pakai songkok putih rambut putih macam ala2 santa claus.. ni habis punya duk bodek 1 malaysia laa ni sampai Agama pun boleh buat memain