
Alhamdulillah malam minggu dimulakan dengan aktiviti yang menenangkan.. iaitu berterawih berjemaah di Surau yang berdekatan dengan rumah aku.Selepas terawih kami memulakan operasi membuat biskut raya kedua untuk rumah kami.Kali ni aku,wife dan adik aku expriment biskut lain pulak.. so kali ni kami cuba try buat biskut amos yang macam famous cookies amos tu. Selalunya tiap kali raya memang paling champion dalam buat cookies amos ni adalah maklong aku.Memang tiap2 kali raya memang tak pernah miss la layan biskut ni. So this time aku rasa nak cuba sendiri buat biskut amos ni..sekurang-kurangnya merasa jugak rumah ada biskut buatan sendiri.. jadi biskut ni aku panggil sebagai Biskut Amos Chentaku hahahaha..
kaki pukul yang semangat memukul adunan butter tadi.. kelihatan wife aku yang sedang menyediakan bahan
Seriously memang banyak ingredient yang kena pakai, chocolate,chocolate chips,mentega,tepung,oat etc. Memang ni la first time la aku nak cuba buat biskut ni.. recipe kami dapat from the net.. memang pakai belasah jer kat google . Memang teruja la bila satu persatu ramuan dimasukkan..dan digaul bersama. So far step adalah step foward. Mula2 buat memang confirm ada trial and error terkial2 jugak sebab benda pun baru....Wife aku tolong sediakan bahan2 dan juga supervisor merangkap tukang adun.. aku pulak kaki pukul.. bukan pukul orang.. tapi pukul adunan tepung untuk biskut ni kaki pukul pulak ada dua orang bergilir2 dengan adik aku yang sorang lagi tu..
Bila first start bake cookies ni, first thing yang kami mula perasan adalah bau dia.. pergh memang sebijik macam amos laa.dalam hati cantekk bau sudah betul rasa confirm sama ni...then lama kelamaan kami bertiga membelek laa oven sambil berkerut dahi.. memang semua terkejut beruk sebab semua biskut makin membesar dan mengembang dengan gilanyaa..haha memang dah jadi biskut chipsmore yang besar tu. First bake masing2 test makan..sambil mengomen tentang biskut yang dibakar tadi.. So from there kami try letak adunan tadi kecik2.. last2 alhamdulillah menjadi jugak.. itu yang bagusnya bila buat kuih belah malam.. sambil bakar kuih sambil layan makan..perghh..first impression, rasa pun lebih kurang macam amos.. kira ok laa jadi laa jugak akhirnya projek malam ni berhasil lagi.. heheh.. yang aku tak tahan... tak sampai dua hari dah clear stok.. hahaha.. biskut mazola pun tak sentuh dah. nampak gaya kena produce lagi
adunan yang sedang diuli yang telah dicampur dengan badam,chocolate chip dan chocolate yang telah diparut
first try..memang gedabak sumbat masuk dalam oven apa yang jadi ?
.. inilah hasilnyaa..memang betul2 biskut yang mengeratkan silaturahim ni. Abis melekat semua tak boleh jadi ni ..kena improvise :). Time ni semua duk pakat gelak
walaaaa introducing... Biskut Amos Chentaku hahah
5 comments:
Wah macam best je. Ha ha ha... tapi yg kembang tu memang dah macam roti pulak sekali kembang. Ha ha ha...
hahahaah.... nampak cam sedap.. tapi mmg lawak laaa yg mula2 tu... lagi lawak yg tukang pukul tu, kaki siap duk atas kerusi pakai kain pelikat punya baguih duk pukul.. hahahaha
tahun depan leh bukak bisness laa brooo.. package ngan ayaq kordial maklong ang hahhaha
aku dah rasa..not bad hang wat...tapi tuh lah, hang tak shirtless masak kali nih...tuh rasa tak sesedap dulu (cam aku nah telan jer dulu...tapi shirtless tuh pasti)
muahahaha...bagi aku kasi nama..biskut kembANG Setudung PeIuK!!..
setaun sekali buat biskut biasalahh..hahah..
Post a Comment