Aku ke bank tadi, semasa menunggu turn untuk masukkan duit ke ASB. Aku terpandang satu pamplet regarding "Make your additional ASB investment through M2U today!. Bila check2 balik go thru pamplet to whoaa.. Maybank have done it again. Kita boleh top up ASB kita melalui Maybank2u.Paling minimum kita boleh masukkan adalah RM 1 ringgit.
Memang aku rasa really convenient dan juga praktikal bagi aku sebab.. lebih senang lepas ni kalau nak masukkan duit ke account ASB. Tak perlu lagi nak ke bank, cari parking lagi dengan masa lagi dengan minyak kereta lagi.. ambil no kena tunggu turn pulak. Kini sambil korek idung pun anda boleh masukkan duit ke ASB direct dari account Maybank anda. Even kalau kita nak top up ASB adik beradik or family kita pun senang.
So bagaimana kita nak buat tambahan ke ASB melalui Maybank2u ?
Pertama sekali, Login ke maybank2u anda
Selepas anda berjaya login ke M2u anda Click pada Investment tab
Selepas anda click link tersebut, Baca segala term/declaration apa semua dan make sure and check box dibawah seperti yang dibulatkan dan click Next
Selepas itu anda dibawa ke screen di mana anda boleh meletakkan amaun yang ingin di masukkan ke account ASB and juga disini anda perlu mengisi No account/No Ahli ASB anda.Dan selepase itu click Product Name dan pilih ASB.Anda boleh merujuk pada buku account ASB anda.
Jika masih ragu2 anda boleh click view sample. Di bawah adalah contoh no ahli dari buku ASB.

Setelah segalanya sudah diisi click continue dan anda di bawa ke page seterusnya. Disini, click pada request TAC untuk memohon TAC. Setelah TAC di terima melalui sms di phone anda.Isikan dan click confirm.
Walaaaaa siapppp.. untuk memastikan jumlah wang yang di masukkan telah selamat dicreditkan, sila pergi ke bank yang berdekatan untuk mengemaskini buku anda.
Peringatan : Setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak 1 ringgit oleh maybank
Walaaaaa siapppp.. untuk memastikan jumlah wang yang di masukkan telah selamat dicreditkan, sila pergi ke bank yang berdekatan untuk mengemaskini buku anda.
Semasa proses ini Maybank2u ini dijalankan, pastikan anda cuba mengorek idung bagi memastikan pengudaraan hidung tidak tersumbat supaya ia dapat membantu anda bernafas lebih sempura







10 comments:
aku takde akaun maybank... lalalalaaa
he he he aku pun dok tambah ASB guna m2u gak, sejak mula introduce kat m2u lagi. Jadi tak dapat la carik alasan malas ke bank beratur.
Apapun, service ni during office hour dan weekdays sahaja. Weekend dgn lps office hour tak ada.
Errr... tapi aku tak pernah pun semak buku aku lps buat transaction dari dulu. Ntah masuk ntah idak. Tapi rekodkan la trasanction tu.
Hidung aku selesema, ada hingus!
laa.. nak update kena pi bank jugak.hehe
bagus sgt la...tp yg x bagusnya, aku xde acc maybank....cimbeng ada x sebis ni?
dia cas singgit ek.
hmm seksi, soklan
aku buat smlm
aku tgk transaction xda pon singgit charge.
kor ada test dah x?
ezra, check balik. Musti ada singgit charge. Maybe takde lagi.
Tapi aku punya bila buat je nanti musti dia tolak singgit dlm transaction history.
Jard/
uish ko takde ker..jard.. so kira tak buat ebanking bayar payment la yer.Buat laa satu.. ko bukan bawah umur pun haha
Marts/
pergh ko lagi awal marts. Yup service ni during office hour jaa. Tapi aku advice update jugak buku tu once in a while.. just in case since benda ni beta lagi.. dalam testing.. mana system yang takde flaw kan
Mr Penyubiru/
update buku ASB tu tak selalu penyu.. sebulan skali kaa.. tapi nak masukkan duit tu hari2 pun boleh :)
Intan/
Cimbeng.. dari apa member aku cakap.. service in coming soon .. so boleh laa ko start saving
Maksu/
Dia cas singgit maksu
thanezra/
aku rasa nanti dia deduct singgit dari account ko. Takpun account ko kosong so dia takleh nak tolak singgit tunggu gaji ko full.. baru dia tolak hahah.
marts/
waktu mula2 ko buat sure tak kena lagi.. tapi skang dah enforce tolak singgit.. well.. mana ada dlm dunia yang free.. even masuk tandas pun kena bayar :). Imagine every transaction 1 ringgit.. brapa ramai orang.. dan brapa kerap transaction satu hari.. dengan singgit.. boleh jadi juta dalam few days jer .. dahsyat maybank buat duit..
Post a Comment