Route : Puncak Jalil - Bukit Jalil TPM
Distance : - 5.52
Avg Speed : - 15.6
Max Speed: - 52.7
Time: - 0:20:47
Tire setting : Knobby tires Continental Vapor
Number of doggies : - 1
Riding Mood : Relax
Aku terpaksa kerja malam untuk minggu ni. Ride to work malam ni agak selesa. Cuaca pun agak baik kalau dibandingkan dengan minggu lepas yang boleh dikatakan setiap petang dan malam hujan.Aku enjoy ride malam..suasana sejuk udara nyaman di malam hari membuatkan aku selesa ke pejabat.Badan pun kurang berpeluh.
Seperti biasa aku masih melalui jalan Puncak Jalil menuju ke TPM. Trafik malam ni agak serabut ntah kenapa aku rasa malam ni sekor2 kereta atas jalan raya macam kurang berpelajaran. Keluar simpang membabi buta tanpa melihat aku yang agak laju menuruni bukit .. kereta2 yang terlalu rapat dengan aku yang berkayuh di bahu jalan.
Bukit Puncak Jalil agak gelap malam ni.. lampu basikal aku yang samar2 menerangi jalan di bukit puncak jalil.. sesekali kereta melepasi aku membantu menerangi jalan raya. Besar kemungkinan lampu di atas bukit rosak. Hari ni sewaktu aku sedang mendaki bukit aku di tegur oleh dua brader yang pakai Superbike. Sorang pakai pakai superbike, sorang lagi moto scrambler.. membuntuti aku yang sedang dalam posisi berdiri menghenjut pedal melayani bukit.
Mula2 cuak jugak.. sebab kedua2 moto tu slow saja ikut belakang aku.. lepas dorang melepasi aku kedua2 brader tu sempat angkat tangan sambil sorang lagi tunjuk "Thumbs up" kat aku. Fuhh aku ingatkan apa tadi. aku pun angkat laa tangan.. dalam hati aku.. boleh laa duk angkat tangan..sebab pakai moto hehe.. try tengok panjat bukit dengan basikal.. haha mau ada yang semput.
Aku dah loss 5kg dari 105kg skang dah 100.. punya laa payah untuk aku turun berat badan selepas kahwin.Most probably metabolism pun dah lembap kot skang.. insyallah next target aku loss another 5kg


6 comments:
KAYUH,,,MAKAN >>> TAMBAH TENAGA
MAKAN,,,KAYUH >>> BUANG LOMAK
FAIR AND SQUARE BRO,,,
wakakaka,,,
5kg loss tu dalam masa berapa bulan ? banyak la tu kurang 5 kg. Ingat senang ka ...teruskan ..
aku suka bab yg lost weight tuh... teruskan usaha bro!
9W2OCC SHAM/
haha gua suka falsafah hang.. sempoiii :)
AdzRa/
5kg tu aku rasa dalam 2 bulan kot.. lupa lak nak monitor sebab sebelum ni aku duk monitor sgt.. tak turun2.. lepas tu buat tak kisah sedar2 dah lost 5kg..
$uNmeloN/
Thanks for the support bro.. aku ngah cuba nak turun lagi.. payah benor haha
Post a Comment