Route : Puncak Jalil - Bukit Jalil TPM
Distance : - 5.52
Avg Speed : - 14.4
Max Speed: - 43.1
Time: - 0:25:23
Tire setting : Knobby tires Continental Vapor
Number of doggies : - 0
Riding Mood : Relax
Aku keluar awal malam ni. Ride malam ini agak santai saja nak menikmati alam persekitaran sepanjang perjalanan ke opis. Cuaca malam ni agak sejuk.. disebabkan petang tadi yang hujan agak lebat.Jalan pun masih basah lagi.Memang aku enjoy ride malam ni... dengan suasana selepas hujan yang menenangkan, udara yang nyaman, bau jalan tar yang bercampur dengan hujan.. memang tak dapat aku nak terangkan macam mana aku rasa.Apa yang aku boleh cakap.. aku memang enjoy ride to work.
Jalan lengang di bukit puncak jalil...kurang kereta yang lalu. Sunyi jugak malam ni..cuma kedengaran crank sendiri yang memecah kesunyian dengan bunyi kreok kreok.Hari ni aku cuba laluan lane seberang. Memang ternyata emergency lane sebelah kanan lebih luas kalau dibandingkan dengan sebelah kiri. Memang selesa ride sebelah sini.. cuma risau kereta atau lori yang datang dari belakang. So buat permulaan aku layan ride atas divider dulu.
Ride to work bagi aku adalah satu benda yang aku really enjoy. Kadang2 bila aku rasa bosan atau takdak semangat nak ke opis.. bila memikirkan aku nak ride ke opis, trus automatik memotivasikan diri untuk ke pejabat. Memang satu nikmat yang tak dapat aku nak gambarkan.. cuma sapa yang ride ke opis saja yang paham macam mana aku rasa.
Bila atas jalan..aku rasa syokk.. aku rasa bebas.. bebas sebebasnya.. takde sapa nak larang aku nak buat apa.. belasah turun tangga, layan wheelie bila orang sangkut dalam jem.,bila jalan sehala.. aku belasah melawan arus, mencelah deretan kereta yang tersengguk2 dalam jem., skitch segala kenderaan atas jalan, bila jalan terlalu sesak aku belasah naik divider jalan, sesuka hati nak patah balik..takpun selamba buat shortcut sendiri.
Bagi aku satu kepuasan bila tiada satu benda pun yang menghalang laluan aku ke pejabat. Yang paling aku suka..stress pun kurang.. xde nak marah2 orang waktu dalam jem takde nak tension2 nak masuk queue nak potong queue.Satu lagi tak perlu nak pening2 nak isi minyak.. keluar 20,30 ringgit untuk isi minyak tambah pulak sekarang dah naik 5sen heheh... sapa2 yang dekat dengan tempat kerja tu.. cuba cuba laa kayuh ke opis...aku rasa korang tak rugi apa2 pun.



10 comments:
betul betul. janji suka hati.
memang dah plan. cuma ada 1 prob. tgh hari nak kena balik ambik anak. kalau itu prob settle, insyaAllah aku naik gerek pi opis. 4 km saja. 15 minit dh boleh sampai. ada lorong gerek lagi... satu hari nanti
jarang ada orng transport mcm ni. good job.
do visit thelensthatwalks.blogspot.com
keep it up
Dayat pun teringin cam ni
dulu selalu gak g pekan nek basikal
enjoy je..paling best bila ada member ramai2 join g konvoi p mandi air terjun
fifth fifth/
yeahh fifth.. janji suka hati.. yang penting enjoy :)
AdzRa /
oohh distance hang sama ja dengan aku.. ada lorong gerek? .. dekat mana tu..?. Takpa laa maybe insyallah mana tau nanti dipermudahkan.. boleh laa ride ke opis. jgn lupa update di blog nanti..
H-n-f /
Thanks for the support.. and thanks for visiting
Mohamad Nur Hidayat/
Dayat.. thanks for visiting.. layan jgn tak layan :)
hang dah layan photgraphy ka?..aku tgk gamba2 hang ni main slow shutter ni...ride bwk tripod ka..?..hehehe...
MyUsedJDMparts/CorneaMelayu/
perghh lu memang mantap kantoi aku.. tau jer ko aku bwk tripod yer.. :). aku memang suka photography tapi tahap camera digital biasa jer.. aku takde SLR..
Post a Comment