Sabtu lepas aku dan wife di jemput ke Majlis Makan Malam Selangor Mountainbike Challenge 2010 untuk meraikan Petugas,Penaja dan Media. Entah macam mana 2-3 hari sebelumnya aku dapat email dari pihak pengurusan Selangor Mountain Bike Challenge 2010 yang menjemput aku ke majlis makan malam ni. Sempat jugak aku text pihak pengurusan dorang just nak tanya kot kot tersilap jemput haha..rupanya memang betul. Syukur Alhamdulillah rezeki yang tak di duga..so kami pun join laa memeriahkan majlis err lebih kepada makan laa
Dewan MPS selayang
Malam tu ada juga beberapa club MTB yang dijemput ada jugak dari pihak2 penaja. Jamuan malam tu sebenarnya untuk memberi penghargaan dan jugak meraikan petugas2 dan juga penaja yang bertungkus lumus menjayakan Event SMBC10.Ada petugas2 yang mendapat penghargaan malam tu.Makan malam pun agak layan western food daging kambing,ayam panggang siap dengan coleslaw semua. Majlis bermula dengan ucapan dari YB yang di jemput.. selepas tu layan video Selangor Mountainbike Challenge 2010 yang di ambil hari tu. Aku paling gelak part ada rider sorang ni angkat wheelie jatuh terduduk waktu nak sampai penamat. Aduhh sapa laa rider tu haha.Malam tu sempat juga jumpa member baru Azahari Rider selayang yang baca blog aku. Sempat ajak aku ride di FRIM hehe.. insyallah nanti kalau aku nak ride sana aku roger ko bro.
Petugas Majlis Perbandaran Selayang yang bertugas malam itu
Yang tak diduga Pihak SMBC10 sekali lagi buat cabutan bertuah. Banyak hamper2 malam tu.Hadiah grand prize malam tu adalah basikal cruiser yang di taja oleh pihak Imcyclist.
Nampaknya Bukan rezeki kami malam tu. Number yang menang basikal malam tu adalah 24. Aku dengan wife aku 25 & 26 haha... apa pun.. kepada Pihak SMBC10 yang membaca blog ini, aku dan wife mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput ke majlis jamuan tu.
Sessi tontonan video Selangor Mountainbike Challenge 2010
Pergh kambing tu memang layan...
Dalam perjalanan balik,
Aku : Yang
Wifey : yerr
Aku : Abg rasa laa kan dorang jemput abg.. sebab abg mewakili media rasanya.. abg kan blogger
Wifey : CEHH!!!!! PERASANNN!!!









3 comments:
alah, sayangnyer....sikit lagi nak menang tu....
Thomas : yang
Af : yeh
Thomas : bitau betul2 perut i dah besar tak?..ugh!
Af : i mmg taste kat yg bulat2
Thank You.... :) nice story...
Thank You .. From Zulnizam Shahrani dan Seluruh 'Events Management' Selangor Mountain Bike Challenge'....yes, sekarang pun, dah jadi part of 'Media' :) teruskan melapor.....
Post a Comment