Salam buat reader2 Hardcore dan juga reader2 santai di luar sana..
Hari tu aku dah janji nak ajar macam mana nak setup Iklan Nuffnang dan sekaligus dapat kita menjana income Dari hasil pengiklanan yang kita iklankan di dalam blog kita.Insyallah aku cuba buat step by step buat member2 yang cuba nak jana income macam aku.. aku takde untung apa2 dari sini.. atau buat benda2 macam affiliate yang perlu korang click2 link lepas tu hujung link tu nama aku. Ni lebih kepada membantu kawan2 lain menjana income sendiri.. lagi aku turunkan ilmu moga lagi murah rezeki dan lagi bertambah ilmu aku.. ilmu tu milik Allah.Mungkin juga ada yang dah tahu benda ni.. ada lagi yang masih ragu2 benda ni.. tak tahu macam mana kita boleh generate income. Kadang2.. kita pulun siang malam berblogging cita sampai 2,3 muka surat siap ada part1 part 2 part2.. tapi kita lupa.. ada pembaca di blog korang yang merupakan audience dan pembaca tegar korang.. dengan adanya iklan.. sedikit sebanyak.. pembaca2 sure akan click punya iklan2 dalam blog tu.. tipu laa aku cakap takda sapa yang tak terclick iklan2 tu.. kalau tak masakan blog aku sendiri dapat income dari iklan2 yang diclick oleh pengunjung2 blog aku.
earning baru aku
Aku start blogging sejak 2002 dan pada masa tu.. aku cuma enjoy blogging.. blogging memberi satu kepuasan dalam hidup aku.. dapat mencatat segala benda yang terjadi sekeliling aku dan juga.. segala benda2 yang aku pelajari dalam hidup serta pengajaran di masa lalu.. pada zaman aku tu.. memang kurang menatang2 advertising ni.. aku pulak tak penah amik advantage dengan benda tu.. zaman muda.. habiskan banyak masa menggodek, programming, enjoy dengan apa yang aku buat.. lupa utk aku convert atau tukarkan minat aku kepada sesuatu yang menguntungkan.
Pada zaman aku dulu pengiklanan di blog tak seghairah sekarang .. jadi pada zaman skang ni..aku terfikir.. kenapa aku tak tukarkan sesuatu yang yang aku minat kepada sesuatu yang menguntungkan aku sendiri.. aku enjoy dengan apa yang aku buat.. dalam masa yang sama aku dapat income?. Tambah pulak skang ni ada company advertising yang berpusat di dalam Malaysia sendiri.. so kita lebih confident dengan pembayaran yang dibuat.Even aku dah berapa check dapat dari Nuffnang ni. Walaupun keuntungan bukan dalam USD.. sedikit sebanyak.. dapat jugak duit kan.Sapa nak bagi bang.. duduk saja blogging sambil korek idung.. picit jerawat.. hisap rokok dapat RM100. Satu lagi.. mana ada modal yang perlu dikeluarkan. Apa yang korang buat.. tempek iklan dorang dekat blog korang.. dan teruskan berblogging..
Cukup saja RM50 anda dah boleh cash out kan duit anda..kalau lebih lagi best :)
Aku tak pernah pulak terfikir brapa income aku.. dapat dari iklan yang diiklankan di blog aku.. apa yang aku buat.. aku teruskan berblogging.. buat apa yang aku suka.. sedar tak sedar blog aku sendiri bekerja utk aku.. bagi income.. walaupun ciput.. tapi still berbaloi.. duit yang dapat tu boleh kita beli benda2 yang kita perlu.. contoh macam aku... duit yang dapat tu.. aku guna utk beli part2 bike aku.. beli tube spare.. utk Ride to work aku setiap hari.. beli tayar baru. Nak bayar bil letrik, bil air mungkin juga dengan duit yang dapat tu dapat meringankan beban ada sendiri.. belanja rumah, belanja anak sekolah, beli susu takpun club2 basikal dapat buat tabung sendiri utk belanja makan selepas ride, beli jersi baru utk ahli kelab korang, sebagai duit transportation untuk ke jambori2 yang jauh..... sekurangnya.. ada passive income yang kita secara tak sedar kita tengah jana. Dengan pendapatan yang tak seberapa yang dapat itu.. sedikit sebanyak dapat kita enjoy duit yang kita dapat tanpa.. mengeluarkan duit gaji or duit poket sendiri.. itulah yang dinama kan passive income.. :)
Insyallah tunggu Tutorial :Jana Income melalui Nuffnang Part 1 akan menyusul




11 comments:
toi che sifu... tak sabar menantikan next episode...
alamak bro..aku plak dah x ingat username & password nuffnag aku...lama sgt dah x check brapa sen dah dpt sejak aku blogging 2 thn lepas kot..hhaahha...jenuh, ...camana nak dpt password balik tu semua..
alamak bro..aku plak dah x ingat username & password nuffnag aku...lama sgt dah x check brapa sen dah dpt sejak aku blogging 2 thn lepas kot..hhaahha...jenuh, ...camana nak dpt password balik tu semua..
teman nak gak,,,
buat modal g jamboree,,,
dah abis musim bola ni,,,
leh layan bogging blk,,,
selain nuffnang sumber duit kor lagi dari mana bro?
tentu some lorong2 kan
best!
are_shie - insyallah nanti akan menyusul :)
corneamelayu/
fuhh 2 tahun tu beb.. besar kemungkinan duit dah beranak pinak aku rasa :). nak dapatkan balik password tu aku rasa cuma email kepada admin nuffnang cerita situasi ko tu mana tau dorang leh tolong dptkan balik password or reset password baru untuk ko
9W2OCC SHAM /
boleh sham.. aku tengok blog ko pun rajin update dan komen sure ramai pembaca..
thanezra/
ok.. ko dah melalut ni.. kalau ko ni tak melucah sehari takleh ker.. haha.. sengal punya nyah
Akmal Hizam/
Thanks bro
Post a Comment