Wednesday, March 04, 2009

Back to life back to reality



Akhirnya ku kembali ke perut Kotaraya.. yang sibuk dengan manusia yang mengejar masa mengejar cita2 mengejar apa jua benda yang ingin dikejarkan. Aku masih pening dibuai mabuk diatas bas tadi... akibat memilih tempat duduk yang betul2 dibawah tayar belakang bus membuatkan aku merasakan segenap permukaan buntut ku kebas mahu pun ditampar beberapa kali.

Apa yang ku pasti, suspensi kiri bus Transnasional yang ku naik tadi agak gagal menyerap hentakkan lantai lebuhraya yang mempunyai struktur permukaan bumi yang tidak rata membuatkan aku seolah2 berada di atas kuda.. mahupun berada di dalam kantung perut ibu kangaroo yang melantun2.. aduh... aku pasrah demi menyambung idupku mencari sesuap nasi di perut ibu kota sama seperti warga2 indon, bangla, nepal kampuchea.. dan juga warganegara kita sendiri yang merantau...dari ceruk2 kampung...untuk mencari kesempurnaan di dalam hidup.. mencari kebahagian..menyara keluarga.. atas desakan hidup.

Aku tidak marahkan pendatang2 yang datang mencari rezeki disini.. aku cuma marahkan segelintir setan2 yang berupa pendatang yang datang dengan niat yang merompak mencabul mempukau insan2 yang lemah.. kenapa peluang kedua yang diberikan utk mencari kehidupan yang baru harus dipersia-siakan.. ? sedangkan anda sendiri menyabung nyawa bila memasuki perairan menyeludup masuk sanggup berenang berpuluh2 kilo meter untuk ke darat.Gunakan peluang yang diberikan sebaik2nya..

Aku meredah Puduraya yang dihujani pelbagai rupa bentuk manusia menuju ke Sistem Transit Aliran Ringan.Seronok aku melihat pelbagai ragam manusia.. membuatkan ku terfikir sejenak " tak penah lengang ker Puduraya ni? apa laa depa duk buat hari2 kat sini" Dari zaman aku study dulu hingga sekarang senantiasa tidak penah gagal dipenuhi dengan manusia


Aku menyusuri lorong menuju ke stesen LRT Plaza Rakyat yang menjadi kebiasaan laluan para2 commuter tegar yang istiqamah menggunakan pengangkutan ini.. apa yang pasti laluan ini dari masa ku masih study bila aku ke KL untuk menghadiri seminar2, laluan ini masih lagi seperti dulu.. entah bila dapat dimajukan memberikan ciri2 keselamatan buat2 kaum2 hawa melalui kawasan ini bila di kala malam..entah laa..

Aku turun di stesen Bukit Jalil menunaikan solat zuhur di minit yang agak kritikal lalu menunggu taxi. Alangkah best kalau aku menyimpan basikal aku disini.. sampai saja sini aku dah boleh kayuh dari sini since aku dah biasa dengan jalan di kawasan ini yang merupakan laluan ku setiap hari ke opis dan juga balik ke rumah.Kebiasaanya tunang ku menjemput ku.. tapi disebabkan hal2 tak dapat elak kan aku mengambil keputusan menaiki saja taxi.

Aku terpandang taxi dihadapanku yang tidak putus memberikan aku high beam seolah2 aku ini buta tidak dapat melihat kereta berada di depan ku itu.. lalu aku mendekati dan membuka pintu depan teksi tersebut

"Brader.. ke equinne park ? brapa kena"

"Itu dekat jusco kaa.. ?"

"ahh atas sikit ke apartment Vista Pinggiran"

"18 ringgit...."

"WTF!!! mahal gila.."

"Jauh encik.. "

Aku dapat rasakan mamat singh ni cuba kencing aku.

"Kalau macam tu pakai meter", Aku menyuruh dia menggunakkan meter

"Ok tapi mesti lagi mahal encik.. "

"Takpaa.. pakai meter saja.."

Aku menaiki teksi tersebut lalu dia melalui kawasan stadium bukit jalil melalui kawasan yang biasa aku lalui.. sedang aku asyik melayan pemandangan luar.. tetiba dia tidak memasuki jalan yang selalu aku masuki.. tambah pulak jalan tu adalah jalan pintas melalui puncak jalil ke rumah ku.

"oit... apasal you tak masuk kiri"

"Itu jalan jauh encik...",

"Kepala hotak hang.. jalan jauh... aku hari2 lalu situ bai.. dari TPM ke equinne park baru 11km jaa" ,

"Aiyoo.. you tau kaa jalan tu.. manyak sorry.. wa ingat lu orang luar tadi.."

" Cilaka .. ini macam sudah kes tipu brader.... aku tak kira you ikut balik jalan tadi"

Aku sampai ke rumah hanya membayar 7 ringgit mengikut meter yang aku suruh dia on kan.. instead bayaran yang dia fixed tu.. bengang aku.. so kesimpulanya.. adalah bagus kalau kita sendiri ada sedikit ilmu tau selok belok jalan.. kebiasaan jalan yang kita tahu.. so that tak kena kencing or tipu.. bawak pusing laluan jauh semata2 ingin menambahkan bayaran mengikut meter.. better watch out. Aku paham masalah dia jugak.. desakan idup.. fakto ekonomi yang merudum sekarang.. cuma fikirkan sama orang2 yang senasib dgn kita... hang nak kencing.. pi laa kencing mat saleh.. nuuu


9 comments:

hrmk said...

atas himpitan ekonomi...

tue yg kite nampak depan mata...
yang kat 'belah atas' sana tue...

bayangkan...!!!

ProgrammerWifeDaughterSister said...

ooooooooooooooooo jahat gilerrrrr pemandu itooooo...

tak aci... klu org yg tatau tu habeh arrr... kena rembat buta2 jaaa...

Jard The Great said...

aku kalo bole mmg tak nak naik teksi langsung.. muahaha..

bek beli kereta sendiri.. sesat2 jalan pon.. mesti dpt carik jalan..

malah jadi expert plak..

tp kan.. teksi kan pakai NGV.. kos murah maaa... lagi nak tipu customer.. cilakak betul la..

Mak Su said...

itulah masalahnya riezal, pantang hensem skit, tentu teksi nak paw :(

thanezra said...

that slut! <---tuju pada orang teksi tuh mmmmkay

INTAN said...

x senonoh betoi...kencin org suka suki....

** JT ** said...

yes!! jahat betui hang taksi tu!!
kalau i...sure kena "sembelih"!

fiezabaiduri said...

lama sangat dah tak gi puduraya.
mmg sesak sentiasa..

macam tu la ragam kalau nek teksi.
sabokan sajer

m.q said...

lucky u tau route tu
klu tak kompem2 kena tipu dh
kena byr double fees lg..