Friday, March 13, 2009

Hujan di pagi Jumaat


Aku mengadap hujan pagi ini... mujur aku standby baju hujan extra dalam beg aku kalau tak confirm 50% dari badan ku basah. Sempat aku berhenti bawah rimbunan pokok untuk memakai baju hujan tadi.. ternyata aku bukan berkeseorangan dalam menyiapkan diri untuk menghadapi hujan lebat.Terdapat beberapa penunggang dan juga pembonceng motor berbaris di bahu jalan bersamaku masing2 mengeluarkan baju hujan lalu memakainya waktu itu.. anak kecil, seorang ibu dan seorang bapa yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian ... sibuk memakaikan baju hujan yang kecil buat anaknya dan ku perhatikan anaknya diletakkan di tengah2 dilindungi dari renjisan...percikan ...titisan air hujan yang menyakitkan itu.. dan jugak dari kesejukan hembusan angin pabila motor itu meluncur lajuu.. ahhh anak kecil ituuu.. jikalau kau tahu pengorbanan ibu bapa mu itu.

Aku melalui puncak jalil.... menuruni bukit itu dengan kelajuan yang sama taraf dengan kelajuan pemandu yang sedang merokok...hujan yang agak lebat waktu itu membuatkan segenap muka ku bagaikan ditampar2.. akibat titisan2 hujan yang menyucuk2 muka ku. Aku mengambil keputusan untuk berhenti seketika dia Stesen Minyak Caltex di depan ku itu untuk berteduh.




Coleslaw and Tuna Bun layaann

Sementara menunggu hujan lebat reda,aku melepak seketika di situ sambil melayan breakfast di On The Run cafe.Layan roti bun dengan Coleslaw dan Hot coffeee pergh.. dalam keadaan separuh basah dan kesejukan kelaparan menguasai mental dan perut ku... setengah jam kemudian hujan mulai reda.. aku kembali meneruskan perjalanan ku.



Kedai yang masih lengang di awal pagi


Breakfast set yang disediakan.. ada nasi lemak,sandwich,orange juice



makan sambil melayan hujan.. sejuk gila.. dah laa duk dalam aircon


Some promotion for the breakfast set


Hujan pun dah reda lets ride



5 comments:

Sitie BUm BUm said...

sediakan baju hujan sebelum hujan!!!

ProgrammerWifeDaughterSister said...

gmbar first n second tuuu sedap nyerrr tgokkk!!!!! adehh dh tgh lapar ni

INTAN said...

bila aku nk kayuh besikal p tempat keje ntah...hehe...

Afrezal Karim said...

[S]itie [B]Um [B]Um/
Yeah sediakan baju hujan sebelum hujan.Thanks for visiting :)

FeryFarah/
Farah.. gambar aku tak clear pun dah boleh buat hang lapaq.. :)

INTAN/
pelan2 laa cuba apa kata time cuti hang kayuh pi tempat keja at least leh timing sampai pukul brapa at least takde rasa macam rushing

INTAN said...

hang tau jln kat penang mcm mana kan?..n rasanya hang tau jugak driver sini mcm mana kan?..aku rasa mcm x sanggup je nk kayuh kat jalan raya kat penang ni..wakkaka