Rezdrake's Kitchen : Tomyam Ayam Sempoi Edisi Bujang

Dah masuk 3 hari aku Puasa 6. Lately ni tekak macam rasa nak layan something yang masam2 dan pedas2. Aku ingat nak makan tomyam laa pulak..nak beli kat kedai buhsan dah.. so hari ni aku ingat nak masak pulak kat rumah. So smalam lepas kerja.. aku singgah kejap pasar borong Selangor beli apa2 yang patut beli ikan, beli ayam, sayur untuk dapur rumah bujang aku tu.
Kalau sapa2 yang bujang macam aku tu.. elok2 laa cuba memang sesuai untuk orang bujang. Masak yang paling simple yang boleh korang cuba. Main campak2 jaa dalam periuk. Aper Kelass laki memasak..?. Tak jatuh air muka pun memasak.. korang makan kat kedai tu sapa yang duk masak.. brader yang jual kuey tiow goreng kerang tepi jalan tu laki kaa pompuan.. takde hal semua tu.. Well bak kata Robert Rodriguez " Not knowing how to cook is like not knowing how to fuck" hahah.. common bro go grab your kuali senduk mari menghuru hara kan dapur anda.
So ini lah dia resepi Tomyam Ayam Sempoi

Bahan Utama :-
Ayam secukup rasa. Mostly cari dada ayam sebab banyak isi. Jadi jgn pi cari dada lain.
Bahan Sayur :-
1 batang lobak merah, dipotong baji
5 batang putik jagung belah 2
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
6-8 biji cili padi diketuk
Bahan Rempah :-
Perencah Tomyam Adabi
2 batang serai, diketuk
2 helai daun limau purut
1 cm halia diketuk
1/2 camca pepper( lada itam) optional
1 ketul kiub ayam "MAGGI"
Bahan Perisa :-
2-3 camca besar jus limau kasturi
sedikit gula
Cara membuat :-
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil. Ketepikan
2. Dalam periuk, tuang air(lebih kurang 700ml) dan jerang atas dapur. Then masuk semua bahan2 rempah tadi biar mendidih. Masukkan ayam,lobak merah, cili padi ketuk dan belahan bawang besar masak hingga lobak tu 3/4 lembut

3. Kemudian masukkan semua bahan sayur. Biar mendidih dan perasakan dgn gula sedikit ikut sesedap rasa korang. Last skali masukkan jus limau kasturi ..lagi sekali depend pada tahan kemasamam yang dinginkan jangan sampai muka macam teran something sudah laa.
4. Lepas tu hidanglaa dengan nasi

Senang bukan..?. Cuba dulu .. mula memang terkial2.. then keep on practising latih 2,3 kali masak lama2 dah otai laa lepas tu.. jangan hari2 pulak belasah masak tomyam.. mau cirit nanti.

13 comments:
besarnya pisauuuu. pisau ke kapak tu? hahaha :p
bagus2 jangan dok ingat bini je kena pandai masak. suami pon same gak. baru la bini sayanggg.. kuikuikui..
Mun-e/
ohh itu laa pisau along.. sapa tak bayar utang pakai pisau tu..
laki kena masak sebulan sekali jer...Kalau laki jer slalu masak bini tido tak boleh gak.. haha
haishhh.pandang tomyam ni kali ke2 d waktu tgh hari buat aku lapar plak. hahaha.
Pisau tu pisau peberet aku kalau kat dapur. Chinese cook memang selalu guna pisau ni ja, multitasking untuk semuanya. Daripada potong memotong sampai la ketuk bawang serai. :-D
mun-e/
kahh kah.. baru hang tau.. kecur air liuq..dibuatnya aku ni lagi laa posaa.. caittt..
marts/
Yeahh ada gak geng .. hang pun pakai pisau sama.. pisau ni aku suka pakai sebab aku rasa macam berkuasa jer.. potong bawang,sayur.. laju jer.. kalau ilang pisau ni.. memang pakai pisau lain pun masak jadi tak best..
Takat ketuk garlic tu.. huh.. tak sempat pejam mata..warghahahaha gila takbur aku ari jumaat ni.. Astagfirullahalaziimmm
banyknya masak...
aku rasa kuali ikea tuh besar.. kalau penuh mau masak buat kenduri tuh..
SiMpleSmArtErMe/
Needa .. idup sebagai orang bujang kena pandang jauh ke hadapan.. masak banyak.. lepas ni boleh makan dua 3 kali sahur, berbuka.. hahah :)
aku lapar tinguk gmbr2 itu. huhu
bertambah sayang la si dia
alolololo comelnyeerr...huhu nampak sodap bro...cmne nak rasa ni...hihihi btuah bdn si tunang kamu..ahaks :)
weihh...sedap gila tom yam hang ni...bertabur aku pi cari bahan nk buat tomyam plak esok..ahahahaa
cayalah hang bro!
perghhh...
leleh siot....
Post a Comment