Tuesday, October 27, 2009

Weekend Ride - Trail Riding at Bukit Langkap Bukit Mertajam



Sabtu lepas aku balik ke Penang... sebenarnya nak uruskan something dalam masa yang sama ziarah mak ayah aku kat Penang. Lama tak balik sebenarnya. Kali ni aku balik ke penang skali dengan bike aku.. ntah apa angin.. tapi maybe disebabkan aku teringin nak ride dgn member2 belah utara yang duk dalam pulau merasa kayuhan Carpet hill , Iron cross, bukit gambir, bukit bendera.Serius eventho aku duduk di penang dulu tak penah pulak aku nak cuba ride bukit2 tu semua.. ye laa time tu mana aku minat lagi melayan MTB ni.

So Ahad pagi lepas subuh.. aku membelek2 blog2 geng2 belah utara mencari contact number dorang untuk ajak ride sekali.Aku masuk blog blogger Azhar - Kayuh Baimbai XC dapat kontek no terus aku sms tanya pagi ni ride mana.. sementara menunggu reply.. aku masuk blog Odd pulak... sekali nampak ada event kayuh pagi ni dekat Bukit Mertajam .. tempat BM jamboree hari tu.. trus aku msg odd pulak.. dapat call pagi tu from Azhar trus.. dia ajak ride pagi ni tempat yang sama jugak.. tempat BM jamboree tu.. pergh.. dalam hati aku cann baik ni tak boleh di lepaskan.. KPLR pun dah melepas.. BM jamboree pun tak dapat pi.. at last dapat jugak kayuh Trail BM jamboree..

Then dapat reply msg from Odd pulak.. dia pun ajak.. rupanya depa ni semua keja satu company kat Intel. So Azhar yang duduk di Sg Ara gerak jumpa aku kat area umah aku dekat Sg dua.. then bertolak skali ker sana.Ni laa first time jumpa geng2 Utara .. slalu baca blog saja.

Sampai sana tengok dah ramai yang smpai... seramai 14 orang peserta yang datang hari tu.
kebanyakan dari member2 ride semua member2 sekilang Intel. Antaranya Azhar - Kayuh Baimbai, Din Discovery, Manap Orea, Ajuah Full Sus, Odd, Lan Usin, Tracy, Chin Min, Pawang & Mat Afad lagi 2 orang walk in riders sofi and bidi

During ride sempat berkenalan dgn member2 semua.. memang best kayuh dengan dorang. Semua sempoi2.. macam biasa laa orang utara ni semua peramah2 punya kalau hangpa jenis tak menyembang.. jumpa depa ni confirm boleh sembang punya..Thanks coz sudi menjemput aku ride bersama sama.. serius memang layan kayuhan Mini BM jamboree ni.. yang best downhill kat sini memang layannnn.. walaupun penat dalam perjalanan balik ke KL.. tapi bila pikirkan kepuasan.. hilang trus penat tuu..

Apapun Terima kasih aku ucapkan buat geng2 utara.. Odd sebagai Tok penghulu, Azhar sebab jemput aku ride.. bawak aku sampai ke BM. Insyallah nanti kalau ada rezeki lagi .. aku turun sana kita ride lagi :).

Ride on guyss!!!



Antara rider2 yang baru sampai menunggu geng2 lain yang belum tiba



Sementara menunggu yang lain sampai Lan, Tracy dengan Azhar sempat melantak Nasi lemak dulu yang di bawa oleh member2 dorang. Kelihatan si Azhar tengah senyum sebab nasi lemak dah selamat dalam perut :)



Beza bike branded dgn bike aku yang biasa macam bumi dengan langit :)



Tok penghulu Odd dah sampai tengah setup bike dia. Nice meeting you bro. At last dapat jugak jumpa face to face dengan blogger rider lain.



Lepas semua dah cukup makan pun dah bike pun dah setting kami pun memulakan perjalanan


Gambar yang di ambil oleh Odd. Ada jugak gambaq full aku haha



Sebelum start ambil gambaq dengan Tok penghulu dulu ni bukti dah jumpa ride sama :)



Bukit yang akan kami belasah




Sebelum meneruskan perjalanan kami bergambar dulu untuk kenang kenangan. Bukan senang beb nak dapat ride macam ni tambah2 aku orang luar dapat ride dgn member2 baru merupakan satu penghargaan bagi aku.


Kami meneruskan perjalanan melalui trail yang digunakan sewaktu BM jamboree. So far time ni jalan flat.. menuju ke bukit didepan.. dan sudah semestinya ada climbing..




Sambil kayuh sambil menikmati pemandangan memang betul2 release stress


Setelah beberapa minit berkayuh.. kami sampai laluan untuk climbing. Perghh aku tergamam kejap waktu ni bila melihat bukit climbing yang betul2 agak mencanak.


Waktu ni masing2 yang sudah biasa dengan climbing disini dah menjerit "Tukar gear" . Seronok tengok sorang2 kayuh dah macam ulaq.. kejap kiri kejap kanan macam2 skill depa guna time panjat bukit ni.


Namun aku terpaksa akur dengan hukum alam dan juga sebab faktor gear speed yang aku cuma 7 speed.. sedap jer aku tengok bebudak ni panjat.. macam takde perit pun kat muka.. aku ni sampai berdiri tekan pedal last2 tolak je laa.. Ramai jugak tegur aku.. tanya brapa speed aku pakai.. insyallah nanti aku nak kena upgrade jugak ke 9 speed or 10 speed.. tapi buat masa ni.. biar aku train kaki aku pakai 7 speed dulu.. lepas ni dapat 9 speed memang ringan laa rasanya confirm... :)


Lan pun sama.. menolak jugak dengan aku haha


Aku dengan Mat Kona Mr Afad


Akhirnya sampai di kaki bukit.


Waktu ni semua dah berkumpul di kaki bukit. Then Azhar dengan Zizan ajak panjat naik atas lagi sebab nak tunjuk view sempoi


At last sampai ke puncak


Ternyata pemandangan yangmampu menenangkan jiwa dikala stress.. dengan udara yang sejuk nyaman.. Subhannallah. Kelihatan Mengkuang Dem


Sebelum turun, sempat lagi bergambaq. Aku tak pasti apa yang Azhar cuba nak buat. Dah macam Otromen dah aku tengok haha


Sempat posing dengan bike


Bergambar bersama


Lepas turun bukit.. kami disajikan dgn downhill yang best.. perghh sambil turun bukit brek pun tak mau pegang dah.. nampak bongol jer akar kayu jer tau nak jump jer.. haha.. mulut tak abis2 cakap.. isk sedap.. isk sedap..


Before downhill sempat snap gambar. Ni Lan usin tolong snapkan dia cakap "meh aku amik gambaq hang.. view sini sempoi"


Odd tengah duk snap geng2 yang baru lepas layan downhill


Masing2 regroup sementara menunggu rider2 lain yang sedang enak melayan downhill


Bila semua dah regroup,Tok penghulu cakap boleh jalan.. lalu kami meneruskan perjalanan


Kali ni tiba masa untuk up hill pulak tuntun jangan tak tuntun :)


Pergh Tok penghulu ni aku tengok stamina memang kuat giler.. selamba jaa layan bukit.. bukit mana dia tak kitai mana taknya hari2 kot dulu layan bukit carpet tu..


Ni sorang lagi rider Azhar.. ni pun kitai bukit selamba jer.. layan downhill tak hingat dunia punya main lompat2 jer... gerun aku tengok dia ni layan. Apa pun next time boleh kita kayuh sama lagi..





Stop kejap atas bukit melayan pemandangan



menunggu rider2 lain sampai


Odd masih menten mamat ni.. kaki besi sungguh yang lain semua duk tuntun dah




Setelah berehat after climbing tadi.. kami menyusuri trail yang dikelilingi hutan. Sejuk jer lalu kawasan ni


climbing lagi sebelum downhill yang paling best










Alhamdulillah semua cukup bila regroup.


Downhill yang paling best pernah aku layan.. permukaan tanah yang tak rata penuh dengan akar2 kayu menyukarkan lagi untuk melayan downhill. Tapi yang aku suka trail yang di reka agak enjoying sebab laluan dia tidak terus menerus.. sekejap ke kiri ke kanan. Berderau jugak bila dah laju sangat silap2 tak sempat brek langgar pokok tak pun peluk terus pokok getah tu. Overall bagi aku memang teknikal trail ni. Kalau sapa pakai full sus tak payah cakap laa selamba jer lalu.. bagi yang pakai hardtail memang kebas2 tangan sebab gegaran..


Zizan dan Odd orang kuat yang menjayakan ride hari tu. Selaku Sweeper dan juga Marshall




Gambar yang di snap oleh Bro Azhar


Selepas turun dari bukit kami disajikan dengan pemandangan di dalam kawasan kelapa sawit ..kawasan yang agak redup dilitupi rimbunan pokok kelapa sawit membuatkan kami tidak berasa penat malah berasa selesa untuk menjelajah kawasan itu.Ini laa pengalaman yang tak dapat dilupakan..memang betul2 enjoy ride kali ni


Semua regroup kembali menunggu rider2 lain


Salah satu kawasan yang aku rasa macam unik yang dapat aku snap


Lalu kami meneruskan perjalanan kami menyelusuri track Jamboree




Kami melalui kawasan pokok getah pula. Masa ni banyak betul anjing yang menyalak setiap kawasan estet tu penuh dengan anjing tapi alhamdulillah anjing2 tu cuma menyalak jer takde sampai ada adegan kejar mengejar.Geng2 kami siap jerit balik macam2 bunyi jugak laa yang keluar.. waktu tengah kayuh tu :)








Kemudian kami melalui kawasan tapak semaian. Aku tak pasti tapak semaian pokok apa. Tapi laluan yang aku lalu tu memang best.. kawasan terbuka.. kiri kanan penuh dengan tapak semaian.. satu pengalaman yang menyeronokkan..



Satu insiden telah berlaku.. tayar Lan usin bocor disebabkan terkena paku


Besaq sungguh paku tu..


Tuan dia masih boleh tersenyum lagi.. semua rakan2 membantu.


Lepas tu sibuk bergambaq pulak haha. Kelihatan Zizan sedang menyambung nyawa kedua


Aku,Bidi, sofi, Azhar, Odd




Kami menyambung kembali perjalanan .. kali ni meredah sungai untuk ke seberang






Menunggu geng2 lain menyeberang..


Kembali mendaki kali ni semua dah kekeringan air dah.. botol masing2 dah kering.. semua dah lemah jer.. nak continue so Odd and zizan ambil keputusan buat detour untuk refill semula air and makanan










Dah sampai ke Shell berdekatan dengan Track tadi



Masing2 cuba mencari tempat berehat bagi memulihkan badan setelah penat mengayuh tadi


Lepas badan dah recharge, kami bersiap kembali untuk ripit track tadi balik. Time ni dah segar balik untuk ride kembali


Menghabiskan ride


yang masih tak habis2 lagi.. penangan Odd bagi memang sempoi..


Kayuh punya kayuh sedar2 bila belek signboard kat wat buddha ni dah kat Lunas haha.. Bergambar dengan blogger Azhar - Kayuh BaimBai XC



Overall jalan balik semua flat saja.. so enjoy lihat keindahan alam


Salah satu rumah dalam kebun getah.




Kami melalui bawah jambatan.. stop kejap kat sini berehat di bawah tempat redup




regroup untuk final ride nak panjat bukit gas


Ni la downhill terakhir before turun ke jalan raya balik ke tempat parking tadi


Alhamdulillah selamat sampai.Last before balik bergambar dulu dengan zizan sofi. Hehehe yang lain aku tengok semua sampai terus bukak tayar beskal sumbat dalam kereta.. macam nak balik cepat jer :)





4 comments:

BPS said...

ya FIRST RASMI

Assalamualaikum. minggu lepas ke? Aku terserempak dengan geng basikal di tepi dangdut Sungai Ara. Kalau tau tu hang aku berenti tegoq

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

giler tinggi itu bukit.. sempot mau kayuhhh..

aku pon..x pernah lagi hike up bukit bendera.. teringin gaks..

Taman Negara Penang pon x sempat2 nak pi..

tukangkebun said...

zal, trek BM jamboree ni memang sempoi, cuma lalat banyak je yg tak tahan.. hang punya gambo2 ni memang cukup bagus la, semua detail ada..

Jard The Great said...

waaa... cam sonok plak!