Thursday, April 15, 2010

Jumpa Penyewa dan Ziarah Tok di Penang



Lama aku nak update pasal entry ni tapi tak berkesempatan. Last week aku, wife dan adik aku balik ke Penang. Tujuan aku balik ke Penang adalah untuk menjenguk tok aku yang baru selesai menjalani pembedahan mata buang catarac ganti dengan lense yang baru.Dalam masa yang sama menziarah Ibu bapa aku di sana. Sehari sebelum dapat call from mak aku tanya samada balik ke tidak.. aku cakap tak balik.. tapi saja nak surprise dorang.. tup tup.. petang hari sabtu .. Alhamdulillah kami muncul di depan rumah family aku di Penang :)

Bukan main gembira dan ceria family aku .. even tok aku pun tak menjangka aku dengan wife serta adik aku balik berjumpa dengan tok dan keluarga aku. Alhamdulillah syukur .. sebab kesemua adik beradik aku turun.. even fadzil adik kedua aku pun turun sekali.. berkumpul beramai2 melihat tok mendengar cerita tok di saat2 melakukan pembedahan.

Bagi aku family always comes first.. walau macam mana sibuk sesak sekali pun aku cuba sebaik mungkin untuk berada bersama mereka.Bak kata Don Corleone dalam Filem GodFather "A man who doesn't spend time with his family can never be a real man" Aku masih ingat lagi sahabat lama aku pernah berpesan pada aku.. "Bro.. masa Orang tua ko ada laa ko kena hargai.. luangkan masa sama dorang.. bila dorang dah takde tak guna lagi masa tu...". Aku pegang kata2 dia. Sesekali kita balik berjumpa dengan keluarga.. terubat rindu mereka terubat sunyi mereka. Jadi pada sapa2 yang masih mempunyai keluarga tu balik2 la jenguk mak ayah.. dapat balik sekejap pun dah cukup bagus.. besar pahalanya kalau kita berbakti kepada mak dan ayah kita.

Condition tok hari tu pun ok.mata tok masih merah.. maklong belikan Spek itam  untuk protect mata tok dari cahaya silau ..perghh dah macam lady gaga tok aku.. tok kena warded sehari just incase.. So Acu dan maklong laa jadi Personal Staff Nurse menjaga tok hari tu...hehe macam2 cerita laa sepanjang menjaga tok tempoh hari

First day sampai aku tak sempat ke mana mana.. spend time di rumah berbual2 bersembang dgn family sebelah malam nyer aku terbongkang sebab drive from KL to Penang.. maaf buat member2 penang aku yang membaca entry ni.. sebelum aku kena getah.. aku mintak maaf banyak2 laa sebab tak kontek hangpa ajak minum berbual2.. sebab masa suntuk. Kedai nasi kandaq pun aku tak sempat nak pi belasah.

The next day misi aku dan wife aku adalah untuk melawat penyewa Apartment sewa aku di Gambier Heights. Sebelum aku ke sana aku call penyewa rumah aku tu.. aku cakap nak jumpa dia.. ada hal skit nak bincang. Nada dia pun lain macam.. kemungkinan risau aku nak ambil balik rumah tu :). Kami shoot ke sana.. lama sebenarnya aku tak turun tengok rumah sewa yang aku beli.. So far facilities masih terjaga.. swimming pool, gym, lif dalam keadaan yang baik.


Tapi tujuan sebenar aku nak berjumpa dengan penyewa aku adalah sebab.. aku nak bagi hamper dekat dia. Kenapa aku bagi hamper dekat penyewa aku..? Sebagai penghargaan kerana dah menyewa apartment aku selama setahun dan juga secara tak langsung membayar rumah aku selama setahun.Tak lupa juga sebagai tanda terima kasih kerana membayar sewa rumah on time. So sapa yang menyewa rumah aku. Tiap2 tahun dia akan dapat hamper dari aku :). Insyallah next rumah sewa yang aku beli aku akan buat benda yang sama.

Cuba mencari hamper tapi tiada. Jadi aku cuma mix and match barang2 di tesco untuk diberi kepada penyewa

Antara barang2 yang di beri

Melalui bubble lift




16 comments:

Syahazli said...

Dasat la, orang sew rumah pun boleh dapat hadiah

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

huiiiyoo.. baguihh punya tuan umah no..


nak tgok gambaq tok gaga!! x dak ka?

- rzmie - said...

bro, nasi kandar dekat dengan umah pun tak sempat singgah ka? :P

CorneaMelayu said...

bleh pakai idea kau bagi habuan kat penyewa tu...tiru bleh ka incik?...hehehe

Mak Su said...

bagus ziarah orang lama, berkat.

dan bagus gaks sebab sebagai tuan rumah, ko pandai amik hati penyewa. maksu ni boleh diconsiderkan sebagai penyewa baik, tak pernah susahkan tuan rumah, tak biasa lewat bayar sewa... tapi tak dak sapa kasik hamper. huhhuhu

Maryam Chin said...

in penang too, rizal....tapi di sini atas urusan kerja dan siapkan ofis :)

ola said...

Ohh Penang....meningkap segala kenangan dan memori..huhuh
Rezal, sungguh..hang kena selalu balik tgk mak ayah...bukan apa..aku la ni tinggai bapak ja kt Penang tu. Kesian kt dia aku tgk. Nk balik aku tk berdaya lagi la ni..huhuh..selagi ada kesempatan dan kemampuan, pulanglah...
Bila depa tkdak nanti kita mmg akan terasa mcm tk cukup berbakti dan mmg takkan terbalaih pun apa yg depa buat kat kita...tp at least kita cuba...
June ni hang balik Penang...mai kenduri aku na..nanti aku pass kad kat hang.

ProgrammerWifeDaughterSister said...

wahhhh bagus nyer!!!!!!!

Afrezal Karim said...

syahazli,

Tak dasat biasa jaa.. sewa rumah dapat hadiah tu musti.. is part of motivation to the renter

Afrezal Karim said...

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC/

Sorry lambat reply ko nyer comment.. nak tengok tok gaga..? nanti aku upload dlm entry ni.

Afrezal Karim said...

rzmie/
Nasi kandar dekat umah dosage nya tak tinggi.. kena pi tempat2 dosage yang tinggi.. :)

Afrezal Karim said...

Corneamelayu/
Tiru.. boleh saja.. even memang aku share dgn korang jugak..

Afrezal Karim said...

Maksu/
sian kat maksu.. berdedikasi jugak maksu sebagai penyewa.. kasi laa hint2 skit kat tuan rumah kot kot dia boleh kasi :).

Acctually ini part of motivation kepada penyewa.. so that dia bersemangat nak duduk lama lagi.. semangat nak membayar on time..

satu lagi bagus utk nak cari market.. kalau owner nak pindah.. im sure he let know his frens.. recommend.. sewa disini sebab everyear dapat hamper.. :).

satu lagi.. dapat pi tengok condition rumah.. hehe.. ok tak penyewa jaga.

Afrezal Karim said...

Maryam chin/
In penang ke sis..? aiseh next time turun kita pi pekena nasi kandaq.. or pasembur.. hows ur ofis dah siap :)

Afrezal Karim said...

Ola/

Lia.. thanks for sharing.. takpa.. selagi termampu dia buat.. buat laa kalau hang tu nun di seberang laut.. apakan daya kan..

Mai kenduri hang..? hehehe.. ni yang suka dengar ni.. congrats Lia... kenduri aku pun tak sempat jemput hang.

Afrezal Karim said...

Fery farah/

Biasa2 saja.. thanks farah.. oiit rajin2 update blog..