Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru



Fikiran ku menerawang kembali ke zaman sekolah menengah apabila aku melihat di celahan surat khabar yang tertulis Hari Guru.

Aku.. masih ingat lagi.. di mana lagu2 Alternative/Punk/Metal menjangkiti segenap pelusuk remaja2 di waktu itu.. lagu seperti Nirvana, Blur, Oasis, Metallica, Rancid, Pearl jam.. menjadi siulan setiap pelajar di sekolah itu.. dan dengan concept lagu yang di bawak pada zaman itu.. maka tercetus laa sifat2 rebel di dalam diri para pelajar.. dan aku merupakan salah seorang darinya.. aku masih ingat lagi.. fikiraannn hanyuttt jauh.. jauhhh jauhhh jauhhh.......

"Wehh... ari ni terminator nak buat spot check weh.." , salah seorang anggota geng kelas 5 jahanam yang agak tercungap2 akibat larian 100 meter dari bilik guru.. besar kemungkinan salah sorang pengintip tetap bagi unit geng ini.

"uish.. abis kita..mampuih tangan bau rokok habaq kat hang.. nak buat lagu mana ni.." , salah sorang dari member kelas mula gabra(gelabah)

"wehh.terminator dah nak mai ni.. cuba hangpa tengok kat luaq.. .."

Kelihatan guru disiplin yang berbadan tegap persis seperti sebuah Killing Machine dalam filem Terminator berjalan menuju ke kelas 5 jahanam dengan di tangannya lengkap dengan rotan yang besar ditempah dari masa hadapan..

"tangan duk bau lagi.. mana dan nak pi tandas.. confirm sat gi kena tibai.. ", aku pula mula mengelabah..

Lalu salah seorang dari member berbisik.. lalu masing2 bersetuju sambil gelak besar.. BWAHAHAHAHA.. aku pasti pada waktu itu.. ramai yang memerhatikan budak2 setan di meja2 blakang yang gelak ketawa terbahak2..

Guru disiplin tiba di muka pintu.. kelas yang riuh rendah tadi bertukar seperti tanah perkuburan sesekali terdengar bunyi bunyian cengkerik dan juga kipas kelas yang separuh abad itu berbunyi seperti anak ayam kekurangan nutrisi

Cuaq jugak aku masa tu.. tapi dalam masa yang sama..aku rasa nak tergelak.. dengan plan yang dilakukan oleh geng2 jahanam ini.

Guru Disiplin memerhati keseluruhan kelas dari muka pintu.. kami pasti matanya seolah2 mempunyai scanner pengesan .. cuba mengesan segala barang2 yang diharamkan utk dibawa kesekolah..

lalu Guru Disiplin itu mula bergerak menuju ke arah geng2 jahanam di meja belakang.. sesekali aku boleh terdengar bunyi2 besi seperti terminator berjalan.

"Kamu semua bangun....." berdiri di sini.. , dia menyuruh aku dan member lain membuat barisan berdiri di belakang kelas..

" Sapa hari ni hisap rokok..? baik kamu mengaku sebelum saya cium bau jari tangan kamu semua.. " , Dia bersuara lagi.. sambil mengangkat senjata masa hadapan nya yang bersinar2 lalu menuding kepada semua tahanan2 yang berdiri di hadapannya.

semua masih senyap.. tidak satu patah pun yang tersembul dari sekor2 hantu2 itu.

"Baiklah....kalau kamu tak mengaku siap kamu kalau saya bau jari sorang2 ada bau rokok.. sorang 2 kali saya tibai", Aku perhatikan senjatanya mengeluarkan aura2 jingga seolah2 sedang menggumpulkan segala sisa2 cakra untuk.. paduan yang lebih jitu...

"Tunjuk jari2 telunjuk kamu.. saya nak cek...", Dia mula pergi ke hujung barisan mula dari yang pertama skali.. "

Masing2 menggegam tangan lalu membentuk jari telunjuk.. dan bersedia untuk di periksa oleh terminator itu.

Aku rasa geli hati time tu...

Tiba pada member yang pertama.. lalu cikgu membau jarinya. kami dapat perhatikan muka nya berkerut.. memikirkan dari mana dtg nyer bau pelik itu.. lantas dia menolak jari member pertama aku.. lalu ke member kedua.. aku mula tersengih.

Dengan muka yang penuh konsentrasi dia mencium bau jari member kedua dari group jahanam.. pergh.. lagi teruk kerutan dahi dia.. aku nampak dia macam tak berpuas hati.. mungkin dia pasti bukan datang dari bauan rokok.. cikgu disiplin itu semakin hampa..

tiba pada peserta yang ketiga.. dia pelan2 mencium bau.. kali ni.. lagi truk .. aku dapat lihat dia terhoyong hayang sekejap.. seolah2 terbau sesuatu yang amat memeritkan rongga hidungnya.. dan mampu melenyapkan segala memori2 silam yang indah2.

Lalu dia mengetuk dinding dengan rotannya sekuat yang mungkin...

PPPPANGGGGG!!!!!!!!

hentaman itu cukup membuatkan pelajar2 di dalam kelas itu terkejut seketika...

dan tatkala itu...........




" APA KAMU SEMUA NI.!!!! TANGAN SEKOQ SEKOQ BUSUK!!! KAMU SEMUA TAK MENJAGA KEBERSIHAN LANGSUNG.." Cikgu disipin itu mengamuk disebabkan trajedi sebentar tadi

Fuhhh lega.. dia tak sambung membau kesemua budak2 setan tu...

Aku masih menahan gelak aku perhatikan muka member2 lain pun persis seolah2 budak2 terencat akal.

"Mintak tangan kamu semua...!!!" Dia meminta semua menghulurkan tangan.. dan aku pasti kami bakal berdepan dengan satu teknologi senjata masa depan yang tebal dan canggih itu..

SPLAT!!!!!

masing mendapat habuan.. lega.... cuma 1 das di tangan.. tapi bisanya mampu kekal untuk beberapa hari.

Lalu terminator itu mengundurkan diri.. untuk menyerang kelas2 lain mencari mangsa2 demi menegakkan keadilan...

Bwahahahahahahahhahahahahahhahahaha

Kelas kembali riuh rendah... masing2 berjabat tangan kerana berjaya melalui saat2 getir tadi...

"Weh.. tadi hang buat apa.. sampai dia tak tahan nak sambung cium bau", aku bertanya pada member aku yang pertama tu...

Aku calit jari aku kat celah ketiak aku.. hahahahha.. aku rasa dia cam bau tu.. kah kah kah.. padan muka hang bau ketiak aku.. kah kah kah..

"yang hang pulak... awat sampai dia marah kat hang kata pengotoq(pengotor) tak basuh tangan..." , Aku bertanya member yang menyelamatkan keaadan

Aku lagi dahsyat.. aku korek pungkok(istilah utagha untuk punggung) pastu aku bagi dia cium bwahahahhahahahahahahahaha

"Hang memang pengotoq betuiiiii", aku sambung gelak.. beramai2

BWAHHAHAHAHAHHAHAHA



Keesokan hari.. kesemua ahli2 kelas 5 jahanam kena kutip sampah waktu perhimpunan...






Cikgu, ampunkan dosa2 kami... dosa2 anak2 murid mu yang dhaif ini.. ampun kan segala dosa2 kami.. Selamat Hari Guru buat semua guru2

10 comments:

marts said...

adoi korek pungkok!

ha ha ha

Mak Su said...

terminator? ahaks

Wanie Boahari said...

jht sungguh..ohhhh kalo la aku cikgu..mcm mane la nk thn dgn perangai ank murid mcm nie..hahhaha

INTAN said...

kah kah kah...x senonoh gilak...abis time tu...hg korek apa pulak?

Ajonz said...

salah satu tips nak benti merokok.. korek pungkok dan cuba bau.. kalo terrer siap rase.. agak2 nak isap okok lagi try bau kat jari tuh pehh compem ilang selera

ezzati said...

erkk..ewww..sib baik aku bkn cikgu disiplin ko

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

cehhh..sungguh hapagas punya idea..kalau cikgu tuh tahu dia hidu bau apa..confirm muntah biru.. uwekkk..cam nak muntak lak..

Yana Ismail said...

ha ha ha ha...lawakla!sabo jela cikgu tu..hihi..

Jard The Great said...

eeeii.. nakal!!

ola said...

eii sanggup tu..bau ketiak tahan lagi la..koghek pungkoq yg tak tahan tu...eiii..