Wednesday, February 10, 2010

Ride To Work - Daily Stats 10/02/2010 - Kiss the Rain

My ride to work gear of the day - all wet


Route : Puncak Jalil - Bukit Jalil TPM
Distance : 5:52 km
Avg Speed : 12.2 km/h
Max Speed: 46.5 km/h
Time: 00.24.17
Tire setting :
Knobby tires Continental Vapor
Number of doggies : 0
Riding Mood : Freak out


Aku keluar awal hari ni since ada BCP testing yang perlu aku buat malam ni kat opis. Lepas Solat Maghrib aku mula gerak keluar dari rumah. Aku mendongak ke langit.. so far tiada tanda2 hari nak hujan. Ride dari rumah hingga traffic light menuju ke bukit puncak jalil so far ok. Kereta pun tak banyak pulak hari ni. Waktu turun dari bukit jalil menghala ke Sirim, dah start nampak cahaya2 kilat.. sesekali dentuman guruh.. perghh cuak beb. Orang lain semua dalam kereta boleh berlindung.. aku ni sorang atas basikal.. skali2 berdentum guruh tu rasa macam bergegar jalan tar


alamat lepas ni confirm laa hujan.. then waktu tengah ride, dapat call from mem.. tanya aku kat mana.. since dekat area rumah dah mula hujan lebat... tapi sini belum hujan lagi.. so aku start ride ke TPM.. baru start naik pavement tu.. brooooommm.. hujan turun dengan selebat lebatnya.. demm memang tak bawak langsung baju hujan..dah laa dalam beg ada laptop so aku kayuh secepat yang mungkin menuju ke Petrol station yang berdekatan. Stop kejap dekat situ sambil keluarkan segala barang thumbdrive, laptop. Mujur bawak plastic.. so barang2 tadi semua masuk dalam tu.. so that tak basah nanti.



Aku tunggu dalam 10 min.. hujan still belum renyai.. aku tak boleh nak tunggu lagi..since ada testing yang perlu aku buat.. memang kena ada sana on time.. lepas dah bungkus2 segala barang2 dlm plastik.. aku redah hujan menuju ke satu lagi station petrol yang berdekatan. Stop lagi kat situ.. sebab risau laptop aku basah.. bila tengok distance.. ahh tak brapa jauh lagi dah.. aku boleh stop skali lagi dekat bawah flyover nak menuju ke TPM. Tapi memang kena climbing laa jalan di tebing pulak penuh gila dengan air..



So nak taknak aku kena offroad atas divider celah2 pokok tepi jalan tu.. aku tak nak ambil risiko kayuh atas jalan time hujan agains the traffic .. mostly time macam ni slalunya jadi macam2 accident.. kadang2 driver yang cuai.. dalam hujan nak cepat or something..so aku redah dalam hujan.. climbing secepat mungkin ke bawah flyover.. aku tengok tepi divider.. air bertakung mencurah2.. memang gila laa lebat.. aku dah mula risau laptop aku masuk air jer.

Sampai kat satu area sebelum flyover, skali ada satu lori besar lalu dengan laju.. meredah kelopak air.. apa lagi.. menyimbah la air yang kuat dekat aku dengan bike aku.. aku hilang kawalan segala deria aku tak mampu nak menjangka apa yang akan berlaku selepas ini ..mata aku tertutup akibat simbahan air.. semuanya berlaku dengan cepat.. aku dgn bike aku menuju ke longkang tepi.. aku dah tak boleh nak buat apa.. aku cuba paut ke pokok tepi lalu tersembam aku ke atas jalan.. fuhhh.. terbaring aku kejap dalam hujan.. lengan kanan aku terasa sakit gila akibat memaut secara mengejut..dekat batang pokok tadi.Aku bangun lalu mengangkat bike aku dan sambung kayuh kilat masih kelihatan.. dan dentuman guruh makin lama makin kuat. Aku harap laptop aku still ok dalam beg ni.




Aku sampai bawah flyover skali lagi dentuman guruh yang kuat berbunyi. memang lain macam malam ni. Aku memang gila dah basah kuyup.. aku tengok ada 3 orang mat motor sama2 menunggu di bawah flyover.. menunggu hujan reda sedikit. Perati ja dorang dekat aku.. mungkin pelik sebab aku berkayuh. Suasana di bawah flyover bingit gila dengan bunyi hujan yang lebat diselang seli dgn kilauan kilat dan di turuti dgn guruh yang berdentum2. Air yang deras menuruni bukit di TPM bertakung di bawah flyover dah macam air sungai dah aku tengok. Banyak juga aku perati kereta yang meredah banjir sebelum masuk flyover.. tinggi jugak.


lengan aku semakin sakit.. aku membelek lengan aku pergh lebam dah. Aku check balik barang2 dalam beg aku.. fuhh so far laptop tak basah lagi.. luar beg dah basah.. memang salute laa beg laptop targus ni.. beg yang company aku baru provide skali dengan laptop... compartment pun banyak.. sesuai sgt untuk aku commuting ke tempat kerja... skang dah jadi beg commutting baru aku.. hehe lantak laa company dah bagi.. lenjan sampai lusuh.






Finally aku sampai ke opis dengan basah kuyup. Check lengan yang sakit tadi.. memang confirm dah lembam.... baru cek kat locker aku.. sluar spare nak pakai semua dah abis angkut balik.. isk.. last2 aku berkain pelikat dalam opis.. amoi2 kat pantry sengih2 tengok aku pakai kain pelikat selamba buat milo.

Sib baik mem aku mai antar seluar spare baru untuk aku.. kalau tak


Confirm Sejuk telur aku...








2 comments:

mun-e said...

hahahahaha. gelak kat ayat last :D

sian encik rider terjatuh smp lebam. huhu.

SharolNaja said...

huhuhu nasib baik ko bawak pelampung original ko ...klu tk hanyut..tenggelam.hehehhe syukur ko tak apa-2 bro....