
Kelihatan Staff SMBC2010 yang sedang sibuk mendaftar peserta
Sehari sebelum perlumbaan, aku ke sungai buloh selepas kerja untuk pendaftaran race dan juga mengambil baju serta goodies bag. Tahun ni tempat pengambilan masih sama iaitu di Bangunan JKK Kampung Melayu Sungai Buloh. Aku rasa ini kali kedua aku ke sini.. lama sebenarnya tak ke Sungai Buloh.Satu masa dahulu pernah aku menyewa di Damansara Damai.. dan Sungai Buloh jugak terlalu sinonim dengan aku.. persekitarannya, orang-orangnya.. aku enjoy zaman2 tu.. pergh.. terkenang zaman2 bujang2 dahulu.. zaman bekerja di sana :)

Barang2 yang dapat
Tak ramai orang waktu pengambilan tadi cuma beberapa orang dan juga staf-staf SMBC2010 yang agak sibuk menyusun goodies bag. Masih banyak goodies bag.. kemungkinan disebabkan hari ni adalah hari jumaat.. hari bekerja ramai yang akan mengambil pada keesokan harinya.
Kali ni Tag aku A025 . Goodies kali ni agak banyak berbanding tahun lepas. Mostly banyak pamplet berkenaan Selangor Tourism.
Arue(yang duduk) sahabat MTB baru yang aku kenal
Sewaktu aku menunggu giliran mengambil goodies.. aku disapa oleh seseorang yang jugak menunggu giliran untuk mengambil goodies bag.
" Err ni Akmal Hizam:" sambil dia menuding jari kepada aku
Aku mengeleng kepala.. tapi aku kenal sama itu Akmal Hizam.. sahabat MTB yang penah ride dengan aku satu masa dahulu :) . Dalam hati aku.. pergh.. kalau laa aku se slim Si Akmal mau aku mengganguk jer haha
" Bukan bro.. bro salah orang ni" Aku cuba memberitahu
" Rasa tak silap orang ni.. ni yang err.. Balada seniman jalanan tu kan " Dia cuba mengimbas kembali tajuk blog aku yang agak begitu panjang"
" Huh.. seniman jalan..you mean Kontrak jalanan ? " aku cuba mengconfirm kan kembali
"haaa yang tu laa.. aku selalu baca blog hang.. " Dengan semangat dia bercerita
" errr yeker.. adeh.. " Tak sangka blog yang merapu ni ada ramai yang follow
" Kalau hang nak tau.. sebab baca blog hang ni laa aku masuk competition ni.. ni first time masuk ni tengok hang boleh lepas.. tu yang aku nak cuba tu"
wow.. tak sangka pulak boleh membakar semangat orang lain.
Then aku berbual2 dengan dia.. nama arue selalu ride area belah kajang.. siap jemput aku ride sama.. insyallah bro nanti bila2 kita ride sama.
anyway Alhamdulillah.. hari ni aku dapat kenal member baru...bertambah lagi kawan


0 comments:
Post a Comment