Tuesday, April 13, 2010

Selangor Mountain Bike Challenge 2010 Reloaded


Setahun sudah berlalu.. kini  pada 24-25 APRIL Selangor Mountain Bike challenge kembali lagi.. satu satunya event yang senantiasa terpahat di ingatan aku. Satu satunya yang pada pendapat aku mempunyai kelainan dari event2 yang aku pernah sertai sebelum ni.


 Event yang pertama aku sertai adalah pada Tahun 2009.Seumur hidup aku, itulah event yang pertama aku sertai dan bermula dari hari Tayar Continental Vapor aku mencecah Tanah Sungai Buloh itu, Bermula laa hari aku mula menceburi dunia mountainbiking.

Waktu itu juga merupakan titik tolak pada segala perubahan yang berlaku pada diri ku.. dari hanya  membeli mountainbike untuk di buat pergi balik kerja.. akhirnya berjaya mencairkan aku untuk pergi jauh lebih extreme lagi dengan menyertai segala perlumbaan atau jamboree yang selalu diadakan




Pada tahun itu juga aku mula bertarung... bertarung dengan masalah yang aku hadapi iaitu merokok. Memang ternyata kes merokok aku agak kronik pada waktu itu.Itula masa aku mula berhenti merokok dan cuba mencari segala alternatif untuk aku menyalurkan ketagihan itu kepada sesuatu yang dapat meredakan gejolak nafsu ku untuk mengepam kepulan asap tembakau ke paru-paru ku. Dan alhamdulillah waktu itu kebetulan pula di anjurkan Selangor Mountain Bike challenge 2009. Aku mengambil keputusan untuk menyertai event tersebut.

Dengan tiada bekalan pengalaman mahupun skill dan juga ilmu yang cetek tidak lupa juga jentera ku yang hanya dilengkapi dengan komponen komponen standard, aku meredah membelasah mengharungi apa yang jua yang diberikan waktu itu.

Kita selalunya menyebut term "First impression" bila mana sesuatu perkara ataupun pengalaman yang pertama kali kita lalui, dari First Impression itu kita mula menilai serta membezakan samada sesuatu itu baik ataupun buruk. Jadi First impression aku sebagai orang baru dalam mountainbiking setahun yang lepas di dalam Selangor Mountainbike Challenge memang teruja.. tambah2 bagi orang baru seperti aku. kawasan trail yang di cari dengan Tema "Bike experience in city back yard" betul2 memberi gambaran yang jelas.Laluan yang melalui kawasan Perkampungan Orang Asli yang sebelum ini tak pernah aku tahu kewujudannya di sana memberikan satu kelainan pada aku.Aku disambut dengan lambaian dan juga senyuman dari Warga2 Orang asli dari setiap perut rumah yang dilalui.Kanak2 yang mengejar aku yang turut memberi sokongan ternyata membuatkan aku berasa seolah2 yang pertama dihadapan haha.Ternyata ia memberikan satu kenangan dan juga pengalaman baru bagi aku.



Track2 yang melalui tapak2 semaian memberikan satu kelainan sewaktu melalu kawasan itu.. dengan kiri kanan di limpahi dengan rumput2 semaian yang menghijau sekali sekala meredah lopak2 air di track tersebut hasil dari hujan lebat sehari sebelum itu.Aku betul2 menikmati satu pengalaman yang baru disini.Disebabkan First impression inilah membuatkan aku masih lagi melayan mountain biking. Walaupun penat meredah track2 yang disediakan.. aku betul2 puas dan enjoy.


Kali ni mungkin akan ada pertambahan laluan atau mungkin juga pertukaran laluan. Kali ni walaupun mereka bertarung untuk mendapatkan hadiah, tempat pertama.. bagi aku cukup laa sekadar dapat aku menguji kemampuan diri aku.. dan yang pasti aku lebih bertenaga berbanding Setahun yang dulu.Anggaplah ini sebagai Anniversary aku yang pertama heh.

Bagi sapa2 yang masih belum mendaftar.. aku rasa penyertaan masih dibuka. aku tak promote tapi lebih kepada mengajak kawan2 merasa track di sana.. aku bukan kerja dengan dorang pun..

Sila rujuk laman web mereka
Selangor Mountainbike Challenge 2010






1 comments:

SharolNaja said...

masih mencari...tak dapt joint lagi bro....gud luck 4 u...bro..Finish all check point, aku belanja udang galah...!!!!!