Route : Puncak Jalil - Bukit Jalil TPM
Distance : -
Avg Speed : -
Max Speed: -
Time: -
Tire setting : Knobby tires Continental Vapor
Number of doggies : -
Riding Mood : Santai
Aku kembali ride ke tempat kerja hari ini. Kali ni aku tak dapat nak update Ride to work stats since aku belum fix meter Velo yang tercabut. Lutut yang cedera sewaktu tournament tempoh hari semakin sembuh. Sengal-sengal badan pun dah semakin berkurangan. Kepala sekali sekala masih terasa pening... aku tak pasti samada disebabkan hentakkan waktu terjatuh hari tu. So far aku masih lagi boleh ride. Aku perlu ride..bila lama tak ride badan mula rasa x sedap.. rasa malas.. rasa tak best.. jadi aku perlu ride kembali..
Cuaca hari ni agak selesa.. tiada tanda2 hujan.. jalan kering. Suasana malam ni agak tenang.. aku rindu kerja malam.. kayuhan di malam hari memang layan.. hembusan angin malam yang menyapa segenap tubuhku menyegarkan.Aku bebas... bebas berkayuh.. tanpa ada sekatan .. tanpa ada halangan.. menyelusuri jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang tidak putus2. Berbagai jenis2 kenderaan yang laju mahu pun perlahan.. senantiasa bekerjasama di atas jalan.. juadah kenderaan-kenderaan berat yang sudah semestinya perlahan.. senantiasa menjadi juadah untuk aku skitch.
Setiap hari dengan berbagai jenis cabaran dan dugaan...membuatkan aku senantiasa enjoy untuk berkayuh ke tempat kerja. Ride to work pertama ku untuk minggu ini di sambut dengan Tayar pancit.. haihhh..Sepanjang Tournament Selangor MTB Challenge hari tu.. tidak sekali pun tayar ku pancit..Mujur aku senantiasa membawa spare tube dan juga tool2 lain..kesuntukan masa bagi ku untuk menampal tube. Inilah hidup aku..


0 comments:
Post a Comment