Friday, April 09, 2010

Ride To Work - Daily Stats 09/04/2010



Route : Puncak Jalil - Bukit Jalil TPM
Distance : 5:52 km
Avg Speed : 18.4 km/h
Max Speed: 47.6 km/h
Time: 00.19.44
Tire setting :
Knobby tires Continental Vapor
Number of doggies : 2
Riding Mood :
Aggresive

Hari ni bermula dengan indah. Udara nyaman dan sejuk selepas hujan membuatkan aku sangat selesa berkayuh. Jalan yang tak serabut..dengan kenderaan kenderaan yang seolah-olah memberi kerjasama dengan ku hari ni. Aku memecut laju.. cuba mengerah tenaga sebaik yang boleh.. menambahkan kadar denyutan kadiovascular ku yang agak kritikal mengepam darah ke seluruh pelusuk tubuh ku untuk aku berfungsi dengan lebih agresif.Aku memulakan kayuhan ku dengan bismillah..serta disusuli dengan zikir dan di selang seli selawat dan salam..sesekali perlu kita mengingati Pencipta kita.. jika tidak mengingatinya.. bagaimana Dia ingin mengingati kita.

Indah nya hari2 bila dapat berkayuh ke pejabat.. hidup penuh dengan kesederhanaan..cuma berbekalkan helmet, basikal dan kudrat kurnian Ilahi .. tidak perlu aku ke stesen minyak untuk mengisi petrol.. mengeluarkan duit untuk membayar petrol.. tidak perlu bersesak menunggu giliran di lampu isyarat. Kayuhan malam ni adalah kayuhan terakhir untuk minggu ini..dan akan bermula kayuh Ride to work yang baru di minggu akan datang.. aku mengerahkan lebih kudrat memberi sebaik yang boleh. Aku memanjat bukit dengan tekun.. cuba melenjan semampu yang boleh.. cuba untuk tidak duduk selesa di atas saddle royal selle ku empuk itu


Sampai di pejabat , aku membersihkan diri dulu.. kemudian mencapai mug di pantry lalu membuat tea. Badan terasa lebih segar..lebih fokus terhadap kerja. Hari ni dengan penuh semangat aku melakukan kerja.. kerana aku tahu... esoknya.. adalah hari untuk aku ber mountainbiking :)


1 comments:

Super Nia Hana said...

pergh!!!nek basikal ke pejabat???
best!!!