Wednesday, April 07, 2010

Ride To Work - Daily Stats 07/04/2010



Route : Puncak Jalil - Bukit Jalil TPM
Distance : 5:52 km
Avg Speed : 17.5 km/h
Max Speed: 54.9 km/h
Time: 00.20.49
Tire setting :
Knobby tires Continental Vapor
Number of doggies : 1
Riding Mood :
Relax

Ride malam ni agak sejuk.Petang tadi menyaksikan hujan lebat yang membasahi pelusuk kawasan jajahan Puncak Jalil dan kawasan yang sewaktu dengannya. Aku tenang menyusuri jalan menuju ke ofis.Sesekali bau bauan jalan tar yang bercampur dengan air hujan petang membuatkan aku tersenyum kerana dapat aku kembali berkayuh ke pejabat. 


Bukit2 di puncak jalil yang beralun-alun memanggil2 aku untuk melenjan dengan selahap yang mungkin. Trafik malam ni tidak sesesak malam2 yang sebelum ini. Sejak aku overhaul bike aku tempoh hari, kayuhan terasa lebih ringan lebih2 lagi sewaktu climbing. Perjalanan lebih lancar tiada lagi bunyi2 sumbang yang keluar dari hub dan crank. Perjalanan menuruni bukit juga dirasakan lebih lancar berbanding sebelum diservis.. mungkin juga hasil dari bearing2 yang telah di grease semula.

Dari segi fitness, Alhamdulillah masih lagi bertahan.. tiada semput ataupun penat. Apapun aku suka ride malam ni.. memang enjoy.
 




0 comments: